Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum wbt, Tuan dan Puan yang saya muliakan, di sini saya ingin mengambil kesempatan bagi mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha’.

Semoga hari raya korban pada tahun ini memberikan lebih makna kepada kita dalam berkorban untuk Allah. Ada di antara kita yang tidak mampu ataupun berkesempatan bagi mengorbankan satu bahagian ataupun seekor lembu dan sebagainya, tetapi roh berkorban itu bukan sahaja terletak pada leher haiwan sahaja.

Semoga kita dapat mengaplikasikan roh korban itu dalam kehidupan kita bukan sahaja ketika menyambut hari raya Korban sahaja.

Di sini saya ingin menyusun 10 jari, memohon maaf di atas segala kesilapan, kesalahan, dan apa-apa sekalipun yang melibatkan dosa dan juga ‘tergiris perasaan’ sepanjang kita mengenali di antara satu sama lain, sama ada di dunia realiti ataupun di alam maya ini.

Saya mendoakan agar Allah memberikan rezeki yang HALAL mencurah-curah kepada semua orang Muslim dan diberikan pertunjuk dan jalan menuju kejayaan dan kekayaan yang hakiki. Amin.

Insyaa-Allah tahun ini saya akan menyambut hari keagungan itu di Shah Alam, Selangor.

2 comments on “Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha”

  1. Admin Reply

    Cik Puan Mumtazah, jika dahulu ketika warna tenang hijau digunakan untuk 2008. Bagi SK.COM versi 2009, saya mengunakan warnah merah…bererti agresif dalam meningkatkan penguasaan kewangan untuk masyarakat Malaysia.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *