Hari Sabtu adalah satu daripada hari berehat yang kita gunakan bagi memberi manfaat sepenuhnya kepada kita. Individu yang suka melepak, suka melihat jarum saat bergerak tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat, tergolong di dalam golongan orang yang ada apa yang kita tiada. Mereka ada ‘MASA’ untuk dibuang.
Apabila kita tiada masa untuk dibuang, banyak masa yang kita ada terutama pada hujung minggu, apakah perkara yang boleh kita lakukan sewaktu dihujung minggu. Satu daripada yang kita boleh lakukan adalah dengan melakukan perbelanjaan yang boleh mengkayakan kita, iaitu dengan melaburkan sebahagian dari duit kita bagi membeli ‘BUKU KAYA’. Apa yang dimaksudkan dengan buku kaya, adalah buku-buku ataupun bahan bacaan yang menjadikan kita semakin ‘kaya dengan ilmu’ yang membantu kita:
- Berbelanja tidak melebihi had yang kita mampu bayar dengan tunai
- Hidup dalam keadaan tidak menunjuk-nunjuk ‘riak’
- Hidup dalam keadaan tenang, gembira dan bersyukur pada setiap masa
- Menambah harta dunia yang penuh berkat, kerana itu adalah tujuan utama kenapa kita berakal
- Bebas dari dipatuk ‘ular’ dari lubang yang sama
- Melakar sejarah dan bukannya mengikuti sejarah.
- Pandai berfikir secara kreatif
Gunakan masa kita di hujung minggu ini, bagi membawa sekeluarga melancong, mengembara ke alam yang melangkaui sempadan masa, dunia dan kelemahan dan had kemampuan fizikal kita. Mengembara melalui sebuah buku.
Mulakan dengan melaburkan sebuah buku sebulan bagi setiap ahli keluarga kita. Elakkan dari membeli buku-buku ataupun majalah yang boleh dikategorikan ‘sampah’. Kerana lebih baik tidak membaca dari membaca sampah yang akan mencacatkan akal yang normal.
4 comments on “Perbelanjaan Yang Mengkayakan Kita”