Mencari Kekayaan : Jangan Lupa Kita Manusia

Sejak 10 tahun ini, timbul satu usaha drastik dalam komuniti Muslim di Malaysia untuk merebut segala peluang bagi meningkatkan perlaburan sama ada perlaburan saham amanah, saham, kad kredit, pinjaman peribadi, skim cepat kaya dan juga hartanah.

  • Ada yang mengambil pinjaman bagi membiayai perlaburan ataupun simpanan di dalam unit amanah saham.

  • Ada yang mengunakan kad kredit dan kemudahan overdraf (OD) dan  unit amanah saham bagi membuat duit ekstra.

  • Ada yang mengambil pinjaman peribadi agar duit yang diperolehi boleh dilaburkan di dalam skim ‘kena tipu’

  • Ada yang mengambil pinjaman bagi memiliki rumah-rumah perlaburan

Adakah salah mencari kekayaan? Memperolehi kekayaan dengan cara halal adalah digalakkan di dalam Islam kerana semakin ramai orang Islam yang kaya semakin banyak kebajikan yang boleh disediakan kepada komuniti Islam. Halal di dalam kontek di Malaysia ada dua.

  • Yang Pertama adalah sah (halal) mengikut peraturan kerajaan tempatan. Di mana perlaburan ataupun bisnes yang didaftarkan secara sah dan boleh berurus niaga. Perlaburan ataupun bisnes yang tidak didaftar dengan sah adalah bisnes haram (illegal).

  • Yang Kedua adalah halal mengikut peraturan yang Allah tetapkan sebagai Tuhan yang telah menciptakan manusia dan adalah wajib bagi manusia yang bertuhankan Allah bagi mengikuti peraturan. Mana-mana manusia mendefinasi diri sebagai muslim mesti mengikut buku peraturan (Al-Quran). Perlaburan ataupun bisnes yang bercanggah dengan peraturan dari Al-Quran adalah haram walaupun ianya didaftarkan secara sah (halal) di sisi peraturan kerajaan setempat.

Allah telah memberikan kepada kita sekurang-kurangnya dua penghormatan.

  • Menjadikan kita manusia dan bukannya haiwan (Bernasib baik tidak terpilih menjadi haiwan)

  • Menjadikan kita Muslim (Bernasib baik kita dapat mengenali siapa yang mencipta kita jika tidak Neraka tempat tinggal kekal)

Tuan dan Puan yang saya hormati, saya berpesan kepada diri saya dan Tuan dan Puan agar menghindari daripada perlaburan yang melibatkan pembiayaan yang mempunyai ciri berikut:

  • Pinjaman bagi membiayai pembelian unit amanah saham yang berlandaskan riba (faedah ataupun interest)

  • Kad kredit yang bukan Islamik (Hanya beberapa bank yang mengeluarkan kad kredit Islamik)

  • Pinjaman konvensional iaitu pinjaman yang bercanggah dengan peraturan Allah yang terdapat di dalam Al-Quran.

Allah telah menyatakan di dalam Al-Quran yang telah diturunkan bukan pada hari semalam tetapi 1400 tahun dahulu bahawa “Allah dan Rasul melancarkan perang terhadap manusia yang tidak mahu meninggalkan urusniaga yang berlandaskan riba”. Sanggupkah kita mewasiatkan kepada ahli keluarga kita untuk mengebumikan kita dengan sebilah pedang ‘Samurai’ ataupun sebilah keris ‘Taming Sari’ untuk kita berperang dengan Allah nanti di padang Mashyar pada tarikh yang telah ditetapkan (hanya Allah yang mengetahui tarikh itu, kerana ianya termasuk di dalam perkara ghaib).

Surah Al-Baqarah ayat 276 -278 menyatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa Allah telah mengumumkan tentang peperangan itu.

Sebagai produk Allah yang terpilih menjadi manusia dan bukannya haiwan, sikap berhati-hati kita sewaktu mencari kekayaan adalah keperluan paling asas sebagai manusia yang berakal.

3 comments on “Mencari Kekayaan : Jangan Lupa Kita Manusia”

  1. faizal hassan Reply

    Halal & haram antara pemisah ketara antara muslim & bukan muslim.Islam adalah cara hidup termasuklah dalam mencari kekayaan.Matlamat tidak sekali-kali mnghalalkan cara.
    ISLAM IS THE BEST…

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *