Lautan Di Luar Sana Telah Diredahi

Lautan yang ada di luar sana sudah diterokai dan diredahi oleh orang yang terdahulu daripada kita. Lebih baik pelajari daripada orang yang telah melalui ombak, ribut kencang dan tengkujuh dari mempelajari semula kesilapan yang telah dilalui orang yang bernasib malang itu. Mereka sebenarnya tidak malang kerana terpaksa melaluinya, kerana tiada yang dapat mengajar mereka, tetapi kita menjadi malang apabila kita sanggup melakukan kesilapan sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka.

Buku dan bertanya adalah dua kaedah pembelajaran yang termurah yang wujud sejak di zaman nabi lagi. Nabi Muhammad pernah berkata ‘Ubat kepada kebodohan adalah bertanya”. Bertanya dapat merungkai pelbagai perkara yang kita tidak pasti. Sudah pasti banyak perkara yang kita tidak tahu. Hanya Allah yang tidak perlu bertanya, kerana hanya Dia yang maha mengetahui akan segala-galanya.

Mendidik diri, anak dan jiran dengan membaca dan bertanya adalah kaedah mendekatkan diri dengan kecerdikan yang paling mudah dan paling selamat dalam melalui hidup sebagai manusia.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *