Emel Skim Cepat Kaya Membazir Duit

Ketika ini banyak masa kita dihabiskan bagi membuang emel-emel yang dihantar oleh ‘individu yang ada masa untuk membazirkan masa orang lain’. Ini yang menyebabkan saya tidak dapat menyumbang banyak artikel bagi halaman ini, kerana setiap kali membuka emel, penuh dengan emel individu yang tidak sabar bagi saya melangan produk ‘skim cepat kaya’ mereka. Bagi mereka cepatlah mereka kaya apabila saya menyertai mereka, yang mereka tidak sedar masa saya yang amat berharga itu terbuang kerana terpaksa digunakan bagi membuang ‘delete’ satu per satu emel tersebut tanpa membukanya terlebih dahulu.

Kenapa saya tidak membaca emel yang berbaur ‘skim cepat kaya’?

Ayat-ayat di dalam emel tersebut telah ditulis di dalam keadaan yang mempengaruhi setiap pembacanya agar terdorong mengambil tindakan drastik iaitu terus menyertainya tanpa berfikir untuk beberapa hari sebagai contohnya.

Cuba kita perhatikan bilangan emel yang masuk keĀ  kotak emel ‘inbox’ bagi setiap kali kita membukanya ? Kirakan berapa lama yang kita habiskan di hadapan komputer bagi membaca dan membuang ‘delete’ ? Kadangkala kerja kita yang lain terjejas disebabkan kerja ‘pembersihan inbox’.

Ada individu yang sudah berbelanja sehingga ribuan ringgit, tetapi akhirnya semua duit itu ghaib beserta dengan halaman website yang menawarkan skim itu dan ini. Ada seorang kakitangan yang pernah kena tipu dengan ‘skim cepat kaya’ tetapi masih tidak serik walaupun sudah ditipu berkali-kali.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *