Bicara Azam Kewangan 2009 Di TV3

hebahan200812.jpg

Bicara Azam Kewangan pada Selasa 30 Disember 2008 di Malaysia Hari Ini, TV3. Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan pada pagi 30 Disember ini boleh mengikuti bicara tersebut.

Setiap kali menjelang tahun baru, perkara yang tidak dapat ditinggalkan adalah ‘Apakah azam kita pada tahun baru nanti?’ Cuma pada kali ini, kita membicara satu dari cabang azam yang ada iaitu ‘Azam Kewangan 2009’.

Jika diizinkan oleh Tuhan, kali ini kita dapat memperincikan keazaman kita dan memfokus pada ‘kewangan’ yang menjadi sebab paling utama 90 peratus individu yang bekerja.

Semoga bicara ini memberikan manfaat yang terbaik kepada kita semua dalam menikmati hasil yang terbaik dalam mencapai impian kewangan di 2009 nanti.

3 comments on “Bicara Azam Kewangan 2009 Di TV3”

  1. elzan Reply

    assalamualaikum en. sham,

    saya sungguh tertarik dengan cadangan en.semasa di MHI TV3. tapi sayang saya tidak dapat menontonnya daripada mula…biasalah en, berebut dengan anak untuk menonton. apa yang saya dapat adalah:
    1. 20% daripada gaji perlulah disimpan untuk waktu kecemasan dan untuk mengelakkan berlakunya rompakan untuk diri sendiri.
    2. 70% daripada gaji untuk beyaran segala bil..dan hutang.
    lagi 10%??
    3. “jangan gali lubang tutup lubang” jadi untuk itu kita perlu
    – celik kewangan
    – pergi shopping complex dengan senarai
    – jangan tambah hutang baru
    ada lagi ilmu-ilmu yang tertinggal tak semasa perbincangan di mhitv3?

    mungkin antara masalah yang akan berlaku adalah….
    1. memang kita perlu disiplinkan diri sendiri…tapi kaum keluarga dan sanak saudara akan mengatakan atau beranggapan kita kedekut. apa yang perlu saya buat?

  2. elzan Reply

    apa yang dimaksudkan dengan Madah Pujangga”Tong yang kosong akan berbunyi lebih kuat dari tong penuh berisi apabila diketuk” dan “belanga akan kata periuk lebih hitam darpd nya”
    terima kasih.

  3. Pingback: Membina Dimensi Sebenar di www.shamsuddinkadir.com » Blog Archive » Tetamu SK: Azam Kewangan 2009

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *