Ini adalah satu daripada kejadian yang saya berharap tidak pernah dan akan berlaku di Malaysia. Harapan saya berkecai, kerana pada tanggal 8 Nov 2008, jam 7.51 malam sebuah van meletup di Melaka ketika mengisi gas asli kenderaan (NGV) ke dalam tangki gas memasak yang telah diubahsuai. Itu seperti yang dilapurkan oleh akhbar tempatan.
Kemalangan ngeri itu mengakibatkan kaki kirinya hancur dan perutnya terburai. Meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengadung.
Adakah kenaikan harga minyak di peringkat dunia suatu ketika itu berbaloi dengan tindakan cuba mencari sedikit keuntungan dengan menjadi ‘saintis sehari’?
Kemalangan itu bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan kepada kenderaan tersebut, juga boleh mengacam manusia yang tidak bersubahat dan juga merosakkan pump Gas. Sampai bila, pengguna gas lain terpaksa menunggu sehingga pembaikan kerosakan kepada sistem gas itu berfungsi seperti sedia kala?
Jangan kerana nila setitik habis susu sebelangga.
Apabila bila ianya berlaku adakah dengan penjimatan minyak selama sebulan dapat mengembalikan nyawa yang sudah melayang?
Adakah dengan penjimatan tidak perlu membeli tangki gas NGV yang sepatutnya dapat mengembalikan anak yang sudah menjadi yatim sebelum lahir ke bumi Tuhan?
Walaupun dihimpit dengan tekanan ataupun bebanan sara hidup, jangan jadikan ianya alasan untuk bertindak di luar batasan dengan mencari penjimatan yang mengundang maut.
3 comments on “Tangki Gas Memasak Yang Berisi NGV Meletup”