Memiliki Anak Yang Ramai – Satu Keperluan?

Persoalaan ini sudah pastinya pernah bermain di fikiran setiap pasangan ataupun ibubapa. Ada yang membuat keputusan untuk memiliki anak ramai disebabkan oleh :

 

  • Anak ramai dapat membantu ibubapa apabila ibubapa sudah tua nanti
  • Anak ramai dapat menjaga ibubapa apabila ibubapa sudah tidak bertenaga nanti
  • Anak ramai dapat memberi duit apabila ibubapa sudah tidak bekerja lagi
  • Anak ramai dapat memeriahkan lagi rumah ibubapa setiap kali hari raya dan cuti sekolah
  • Anak ramai dapat meramaikan lagi umat Nabi Muhammad s.a.w memenuhi tuntutan

Adakah dengan memiliki anak ramai kita juga perlu memikirkan :

 

  • Jika kita meninggal terlebih awal sebelum anak dewasa, siapa yang akan memelihara anak kita?
  • Jika kita meninggal dunia sewaktu anak masih kecil, adakah adik beradik kita sudah memelihara anak kita?
  • Jika kita meninggal ketika anak masih di bangku sekolah, sudahkah kita memilih rumah anak yatim mana yang anak kita akan diami?
  • Sudah pasti bahawa setiap kali raya ataupun cuti semua anak kita yang ramai itu akan pulang?
  • Sudah pasti bahawa setiap anak akan memberikan kita duit pada setiap bulan apabila kita sudah pencen?

Dalam konteks kehidupan di Malaysia bilangan anak yang ideal adalah di antara 3 hingga 4 sahaja, akan tetapi jika ibubapa itu adalah pusat melahirkan anak-anak yang bakal menjadi ‘pendidik’ iaitu penyambung usaha yang dilakukan oleh Nabi maka bilangannya dapat diperbanyakkan. Bagi ibubapa terutama yang kedua-duanya bekerja jumlah bilangan anak yang ideal adalah 3 manakala bilangan anak untuk keluarga yang hanya ayahnya yang bekerja sepenuh masa, bilangan anak yang ideal adalah di antara 3 hingga 4 orang.

 

Bagi keluarga yang kurang berkemampuan, bilangan anak antara 2 hingga 3 sudah memadai. Ini bagi memastikan semua anaknya dapat diperhatikan dan dapat diberikan pendidikan rohani dan jasmani dengan sebaik mungkin.

 

Peruntukkan duit yang ekstra jika ada untuk mengambil ataupun membiayai sekurang-kurangnya seorang anak yatim yang berada di rumah anak yatim, pusat tahfiz ataupun anak yatim yang masih dipelihara oleh ibu tunggal yang ada berdekatan dengan kita. Biayai kos hidup mereka sehingga mereka tamat belajar diperingkat tertinggi. Insyaa-Allah jaminan Allah tetap pilihan terbaik untuk setiap makhluknya.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *