Demam Yang Paling Panjang

Salam kepada semua tetamu blog shamsuddinkadir.com. Untuk makluman Tuan dan Puan, saya tidak dapat menyediakan artikel terkini dan menjawab emel buat seketika kerana masih demam. Sejak dari menjayakan kurus Bijak Mengurus Wang (BMW) pada 13 November 2008. Hampir 10 hari saya demam. Saya juga belum sempat menemui Cik Syafinaz dan Tuan Kamli di Uda Holdings sejak daripada kursus Mind Power berakhir pada 13 November yang lalu. 

Pada 18 November 2008 saya di kompleks Jabatan Perdana Menteri hasil jemputan Tuan Fathrulrizam bagi menjayakan bicara buku. Alhamdulilah majlis berjalan lancar walaupun saya belum pulih sepenuhnya.

Pada pagi  20 November 2008 saya bertolak ke Melaka bagi menjayakan satu modul kewangan untuk kakitangan Kolej Professional Melaka (KPM) hasil jemputan Tuan Ahmad Kamal dan Puan Noradibah Abu Bakar.

Alhamdulilah demam saya pulih sepenuhnya ketika menjayakan kursus  dua hari Dimensi Diri II bagi sesi kedua di Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) berakhir pada 22 November 2008.

Dengan keizinan Allah, saya akan mula menjawab emel dan memasukkan entri terbaru mulai esok.

4 comments on “Demam Yang Paling Panjang”

  1. Thinkerich Reply

    Salam Tuan SK,

    Semoga cepat sembuh dan beroleh sedikit kekuatan untuk meneruskan usaha menyebarkan ilmu kewangan yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  2. kartina Reply

    Salam Tuan Sham.

    Semoga Tuan Sham hadapi demam tersebut dengan penuh kesabaran dan sentiasa berdoa dan lebih mendekati diri kepada ALLAH. Semoga Tuan Sham cepat sembuh.

    Dah lama saya dan pembaca menanti entri-entri baru mengenai ilmu kewangan untuk dipelajari. Harap bila sembuh Tuan Sham dapat meluangkan masa memberi tips-tips yang berguna untuk semua pembaca.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *