Adakah Kegawatan Bakal Menimpa Kita?

Apabila dunia dikejutkan dengan kemelesetan kewangan dunia, adakah negara kecil seperti Malaysia akan turut menerima tempiasnya?

Itu adalah di antara persoalan yang diajukan kepada saya. Secara ringkasnya, kesan kemelesatan itu mungkin akan mengenai kita, jika kita :

 

  • Ada memiliki hutang yang membuatkan kita semakin miskin
  • Bergantung kepada satu sumber yang rapuh
  • Hidup dengan matlamat memerdekakan ‘nafsu’

Sebaiknya bukan kemelesatan itu yang kita cuba mencari penyelesaian, tetapi mengunakan peluang sebelum ianya benar-benar menghimpit hidup kita dengan ‘mengubah diri’ kita. Ya, mengubah diri kita supaya menjadi lebih baik daripada hari semalam. Ini bagi memastikan kita menyediakan halangan bagi kemelesatan itu dari menghancurkan diri kita dengan mempelajari ilmu kewangan terkini dan mempratikkan.

Ini bagi memastikan diri kita dikemaskini dengan informasi, kemahiran dalam urus kewangan yang terkini supaya setiap tindakan kita itu mencegah kita dari menerima impak kesempitan yang tidak perlu.

Sudahkah kita menghalau ataupun membebaskan diri dari hidup semata-mata untuk menunjuk-nunjuk dan hidup semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu?

Selagi kita memiliki kedua-duanya kita terus berbelanja diluar batasan normal ‘manusia’.

Miliki rumah, kereta, pakaian, susu, pampers, jam, handphone…berdasarkan keperluan dan bukannya kerana kita ingin menunjuk-nunjuk ‘siapa aku’.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *