Tetamu SK: Produk SK Buku atau Ebook?

Assalamua’laikum wbt…

Saya Amir Azros dari Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
 
Saya ingin bertanya kepada saudara Sham, adakah produk yang saudara sham merupakan buku. Tidak adakah ebook? Jika ada, bagaimanakah caranya untuk saya dapatkannya?

————————

Waalaikummusalam saudara Amir.

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada saudara dan tetamu SK dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak dan di lindungi daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Amin.

Pertama-tamanya terima kasih di atas pertanyaan di atas. Sehingga ke hari ini, Shamsuddin Kadir hanya menyediakan informasi dan kemahiran berkenaan dengan kewangan dalam bentuk buku dan juga modul ceramah dan kursus. Pihak Shamsuddin Kadir ada merancang dan akan berusaha bagi menyediakan ebook bagi topik yang sesuai pada tahun 2009 nanti. Insyaa-Allah ebook yang pertama itu bakal diberikan secara percuma sahaja, sebagai usaha memandaikan insan.

Terima kadih di atas kehadiran saudara sebagai tetamu di SK.com.

Shamsuddin Kadir

2 comments on “Tetamu SK: Produk SK Buku atau Ebook?”

  1. pakdeen Reply

    Tahniah! Atas usaha saudara untuk terbit ebook. Saya sedia menunggu terbitan pertama itu. Terima kasih dapat kongsi ilmu dari generasi yang kreatif untuk mengubah minda menempuh kehidupan yang penuh mencabar.Terima kasih.terima kasih.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Terima kasih saudara Pakdeen,

    Saya bertambah bersemangat mendengar kata-kata saudara itu. Terima kasih, semoga saudara juga mendapat pahala dan kebaikan di atas setiap usaha saya yang memberi manfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *