Salam Encik,
Saya hendak kahwin, dan hendak pinjam duit dengan bank. Tetapi bank tidak bagi coz saya ‘clean’. Tidak pernah buat pinjaman. So saya bercadang hendak ambil kredit kad untuk approve yang saya ada track record baik untuk buat pinjaman. Atau saya bercadang ambil kereta baru. Dncik ada apa-apa cadangan?
Strawberry
———————–
Salam Cik Strawberry,
Dunia menjadi semakin pelik apabila ada bank yang meminta Cik Strawberry membuat hutang yang tidak perlu terlebih dahulu bagi dipertimbangkan untuk mendapatkan satu pinjaman lain. Langkah ini sudah pasti akan menjeratkan Cik dalam bebanan hutang yang membuatkan Cik semakin ‘miskin’.
Saya tidak bersetuju dengan langkah membuat hutang lain bagi memenuhi keperluan membuat pinjaman peribadi itu. Ianya bakal menjadi permulaan barah yang boleh meretakkan hubungan ‘perkahwinan’ dan juga mengugatkan ketenangan hidup berkeluarga.
Saya juga tidak bersetuju mengambil pinjaman peribadi untuk berkahwin. Kerana itu adalah langkah permulaan bahawa kehidupan selepas ini adalah di luar batasan kemampuan. Kita akan hidup dengan berhutang satu demi satu.
Shamsuddin Kadir
2 comments on “Tetamu SK: Kena Buat Hutang Kerana Tiada Rekod”