Surat Pembaca : Kad Kredit Satu Keperluan?

Assalamualaikum
 
En Shamsuddin ,
 
Saya telahpun membaca blog mengenai kad kredit.Saya setuju dengan penulisan itu. Sebenarnya saya memang mengalami dilema mengenai kad kredit ini. Sejak saya mula bekerja , saya memang tidak pernah menggunakan kemudahan kad kredit, kerana takut tidak dapat mengawal perbelanjaan. Walaupun ramai sales reps credit card menjengah ke office kononya untuk emergency dan balik rayalah, untuk trial saja lah, tiada monthly interest lah etc..saya tetap dengan pendirian saya. Saya hanya menggunakan kad debit apabila berbelanja dapur di pasaraya.

Saya sendiri melihat rakan sekerja yang mempunyai sehingga 5 kad kredit dan hutang kad kredit mereka ada yang mencecah ribuan ringgit sehinggakan apabila dapat penyelarasan gaji atau claim terpaksa diagihkan kepada pembayaran kad kredit.Kadangkala membuatkan saya tercengang. Dan pengalaman saya ke Germany baru-baru ini apabila tiada kad kredit saya dapat berbelanja mengikut perancangan yang telah saya buat sebelum berangkat  berbanding rakan saya yang mempunyai kad kredit.
 
Tetapi kadangkala dengan ketiadaan kad kredit telah menyukarkan saya membuat pembelian secara online seperti menempah tiket kapal terbang /dan membayar yuran persidangan luar negara memandangkan spek kerja saya memerlukan saya ke luar negara hampir setiap tahun. kadangkala saya telah mengalami kerugian kerana tidak dapat mengejar early bird registration fee kerana terpaksa membuat pembayaran on site dsbg. Adakah kad kredit yang boleh me’limit’kan penggunaan kita kepada yang amat minima?
 
Mengenai ceramah akan datang saya akan memberi surat jemputan yang baru. Cuma saya ingin cadangan Tuan tajuk yang amat ‘catchy’ agar menarik pendengar datang kerana saya memang ingin mereka menafaat dari talk Tuan.
 
Sekian
Terima kasih

DRBB

—————————–

3 comments on “Surat Pembaca : Kad Kredit Satu Keperluan?”

  1. Hariz Reply

    Salam Saudara Shamsuddin Kadir.

    Pada bulan Mei 2008 yang lalu saya melangsungkan perkahwinan dengan isteri saya Sarah. Semasa majlis perkahwinan di rumah isteri saya di Bandar Baru Sungai Buloh, kami menerima hadiah perkahwinan berupa sebuah buku `Makan Gaji Tapi Kaya’ yang ada autograf dari penulis Saudara Shamsuddin Abdul Kadir. Kami tidak tahu siapakah pemberi hadiah tersebut samada Saudara Shamsuddin ataupun orang lain kerana tiada tertulis di kad hadiah perkahwinan tersebut. Walau apapun kami ucapkan terima kasih banyak-banyak.

    Kebetulan pada pagi sabtu lepas saya menonton Siri Motivasi Pagi di TV3 oleh Saudara Shamsuddin sendiri. Tips yang cukup bagus. Tahniah Saudara Shamsuddin.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam saudara Hariz,

    Saya sangat gembira apabila masyarakat Muslim sudah mula mempratikkan. Saya pernah mengutarakan di dalam entri terdahulu, iaitu menjadikan buku yang bermanfaat sebagai hadiah perkahwinan.

    Sehingga ke saat ini, saya menerima emel bahawa buku-buku saya itu juga digunakan sebagai hantaran perkahwinan.

    Yang menghadiahkan buku itu mungkin seseorang yang membeli beberapa buah buku daripada saya. Jika saudara merasakan buku itu baik, doakan kejayaan yang tidak putus-putus untuk orang yang menghadiahkan buku itu.

    Saya juga berdoa agar saudara Hafiz juga turut menyambung budaya baru ini, iaitu menghadiahkan buku.

    Saya biasanya hanya menghadiahkan buku pertama saya iaitu ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ untuk pasangan baru kahwin. Akan tetapi lebih baik jika ianya disertakan bersama buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’,

    Sekali lagi, terima kasih di atas sokongan saudara Hafiz, saya doakan saudara bahagia dengan pasangan dan juga anak-anak yang bakal dikurniakan oleh Allah nanti.

  3. Sabri SaifulSham Reply

    Assalamualaikum,

    Sekadar berkongsi untuk menjawab soalan asal yang diutarakan dalam artikel ini;

    DrBB boleh menggunakan kad debit “Public Bank”

    Saya percaya sekarang ini DrBB menggunakan kad debit Maybank, BSN, EONBANK, ALRAJHI ataupun Ambank. Transaksi online tidak boleh dilakukan dengan bebas oleh kad-kad debit ini hatta untuk membeli tiket kapal terbang sekalipun. Jika boleh pun, ia ada had.

    Dengan menggunakan kad debit Public Bank, limitation seperti itu tiada. DrBB boleh menggunakannya tanpa sebarang masalah untuk transaksi online dan offline.

    Statement juga dihantar secara bulanan ke rumah. Bayaran tahunan adalah RM 24 dan DrBB perlu maintain RM 25 baki dalam kad sepanjang masa.

    DrBB juga tidak perlu akaun di Public Bank untuk memiliki kad debit tersebut.

    Terima kasih

    Sabri

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *