Surat Pembaca : Buku Motivasi Bagi Mengukuh Kewangan

Salam En Shamsuddin,

Untuk pengetahuan En Shamsuddin, saya adalah salah seorang peserta program anjuran pihak tuan bersama Osman Affan yang dikendalikan di ‘****’  Berhad, Kuala Lumpur. Jika tidak silap pada pertengahan Julai 08 yg lepas.   Pada program berkenaan, pihak tuan ada menjual buku Makan Gaji tapi kaya. Dan pada waktu itu saya belum berminat membeli buku tersebut tetapi amat berminat pada program yang dianjurkan oleh pihak tuan.

Sejak kebelakangan ini, suami saya begitu berminat menceburi bidang perniagaan untuk mencari pendapatan yang lebih.
Public Mutual, MLM bisness, sleeping partner, part time dan lain-lain sedang bermain-main di mindanya sekarang.

Walaupun kami berdua mempunyai kerjaya masing-masing, tetapi ianya tidak cukup untuk menampung kos hidup yang tinggi di KL.

Memandangkan suami saya begitu bersemangat utk merubah masa depan kami, jadi saya ingin membantu beliau dengan mencarikan buku-buku motivasi untuk mengukuhkan kewangan keluarga kami.Mungkin itu serba sedikit dapat memberikan semangat kepada beliau.

Pada 13/10/08, saya ada ternampak En Shamsuddin di Hotel ***** sempena Sambutan Aidilfitri, anjuran  ****  Berhad. Dan selepas itu saya ada melayari laman web En Shamsuddin dan berminat untuk membeli buku terbitan pihak tuan.

Apapun, saya akan cuba mencari buku-buku yang dipaparkan di www.shamsuddinkadir.com.

Terima Kasih di atas kesudian tuan memberikan maklumbalas kepada saya. Tahniah di atas kejayaan yang diperolehi tuan sekarang dan semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yg diceburi.

Terima Kasih

Yang Benar,
SMH
***** BERHAD

——————————-

Salam Puan SMH,

Terima kasih di atas sokongan Puan kepada program  kami dan juga terima kasih di atas doa  Puan itu, semoga Allah melimpahkan kepada Puan sekeluarga dengan limpahan yang datang mendadak.

Nama puan amat familiar sewaktu saya menerima emel dari Puan buat pertama kali. Saya mencadangkan kepada puan bagi mendapatkan buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ dan ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’. Sebaiknya buku pertama itu dibaca oleh puan dan suami.

Untuk membantu suami dengan mendorongnya adalah dengan mendorong diri  terlebih dahulu dengan banyak membaca buku motivasi, dengan secara tidak langsung impaknya membantu Puan dalam memberi semangat pada suami. Sebaiknya setiap buku yang kita baca, kita kongsikan dengan pasangan, supaya masing-masing mendapat manfaatnya.

Mungkin puan juga boleh menerapkan ciri-ciri ‘berniaga’ kepada anak-anak mulai sekarang dengan menghadiahkan kepada mereka buku ‘Biskut Ajaib’.

Saya amat gembira sekali jika dapat bertemu dengan Puan pada majlis sambutan hari raya di hotel tersebut. Semoga kita mempunyai kesempatan di masa akan datang nanti.

2 comments on “Surat Pembaca : Buku Motivasi Bagi Mengukuh Kewangan”

  1. Pingback: How To Stay Motivated | Busby SEO Test

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *