Sejak dari 1 Syawal yang lalu, anak-anak kita menerima duit raya sama ada daripada kita sendiri dan juga dari orang lain. Daripada duit yang dikumpul itu, adakah kita telah menetapkan undang-undang bagaimana anak kita dibenarkan untuk membelanjakannya?
-
Memberi kebebasan untuk anak membelanjakan semua duit raya yang diperolehi
-
Memberi token iaitu duit ektra bagi mengenapkan duit yang dikumpul oleh anak itu sebelum dimasukkan ke dalam bank
-
Mengunakan duit tersebut bagi membiayai peralatan ataupun pakaian untuk anak tersebut
Kebanyakan ibubapa lmemilih pilihan yang kedua, di mana ibubapa mengalakkan anak-anak menyimpan duit tersebut ke dalam bank. Di mana jika duit raya yang dikumpul oleh anaknya itu berjumlah RM90, maka ibubapa akan menambah sebanyak RM10 bagi mengenapkan kepada RM100 sebelum di masukkan ke dalam bank. Langkah ini ada kebaikan dan keburukkannya juga, di mana anak digalakkan dengan disiplin menabung supaya tabiat ini berterusan sehingga anak mereka dewasa.
Keburukkannya anak ini tidak diberi kebebasan untuk membelanjakan duit yang mereka terima setahun sekali, seolah duit bonus yang kakitangan terima setahun sekali. Jika ibubapa ‘wajib’ membelanjakan duit bonus yang mereka terima kenapa anak mereka tidak boleh berbuat sedemikian? Amat susah untuk kita mengajar anak menyimpan, jika kita sendiri tidak mampu mendisiplinkan diri, seolah ibu ketam yang ingin mengajar anaknya berjalan dengan betul.
SK kurang bersetuju dengan kaedah di atas, kerana kaedah itu telah terbukti tidak melatih dan mendidik anak mengurus kewangan. Ianya hanya satu gimik yang tidak berkesan.
Pilihan kedua terbaik bagi merangsangkan anak menguasai kemahiran mengurus wang adalah dengan membenarkan anak membelanjakan 100% duit raya yang diterima mereka. Biarkan mereka membelanjakan semua wang itu mengikut apa yang mereka inginkan. Syaratnya hanya pastikan mereka tidak mengunakan bagi membeli barangan ataupun servis yang ‘membahayakan’. Konsep ini tidak dapat diamalkan jika anak kita mempunyai masalah seperti merokok, keluar malam, ketagih video game, kaki kafe siber dan sebagainya. Apabila anak bebas membelanjakan duit itu, mereka akan berlajar daripada kesilapan sendiri pada permulaannya, seperti mana kita tersilap membeli barangan yang kita sebenarnya tidak perlu.
Pilihan terbaik yang dicadangkan adalah dengan memberitahu anak bahawa duit raya terkumpul itu perlu dikenakan cukai. Ya sebanyak RM11.50 jika jumlah duit raya terkumpul melebihi RM20 tetapi kurang daripada RM 50. Jika duit raya terkumpul melebihi RM90 maka jumlah cukai yang dikenakan adalah RM 11.50 + RM13.50. Bawa anak bersama ke kedai buku dan dapatkan buku Biskut Ajaib dengan harga RM11.50 manakala buku Garaj Aiman dengan harga RM13.50. Bayar buku tersebut mengunakan sebahagian daripada duit raya anak itu. Hadiahkan buku tersebut kepada mereka dan beritahu kepada mereka, bahawa mereka boleh belanjakan baki duit raya itu.
Untuk makluman tetamu blog ini, kedua-dua buku itu dituliskan khas bagi memberikan peluang kepada anak-anak untuk mencipta peluang. Buku Garaj Aiman dijangka akan berada di pasaran pada penghujung bulan Syawal ini, insyaa-Allah.
Insyaa-Allah ianya satu permulaan bagi memastikan anak-anak bukan sahaja belajar menguruskan wang, tetapi yang lebih penting mampu hidup berdikari tanpa perlu ‘merebut-rebut peluang’.
8 comments on “Memaksimum Perlaburan Duit Raya Anak”