Salam Encik Shamsuddin.
Bila terima email dari rakan saya sebulan yang lalu, terkejut juga saya kenapa dia war-warkan untuk beli Buku Buat Duit Dengan Rumah, siap dengan gambar dan slogan `Baca Buku Ini, Anda Akan Untung Besar Tidak Lama Lagi’.
Saya terus menghubungi beliau dan bertanyakan email berantai ke ini atau cik puan ni dah buka kedai buku ke, katanya tidak, beli dan baca dulu baru tahu.
Syabas Encik Shamsuddin, buku ini adalah buku garis panduan terbaik jika ingin memiliki timbunan harta. Bahasa dalam buku ini mudah difahami.
HS
———————————–
Salam Cik Puan HS,
Terima kasih di atas makluman ini, adalah menjadi harapan saya supaya ada tetamu blog ini yang merasakan blog ini berguna agar menjadi Agen Perubahan. Di mana Tuan dan Puan menyebarkan maklumat-maklumat berguna kepada mereka, agar mereka turut meningkatkan diri dengan ilmu kewangan.
Alhamdulilah, walaupun emel berantai yang Cik Puan dapat itu berkenaan dengan buku saya, sekurang-kurangnya mesej itu sedikit sebanyak menyatakan keperluan setiap orang bagi mempelajari dan mempratikkan ilmu kewangan yang dipelajari.
1 comments on “Komen Pembaca : Blog Ini Menjadi Emel Berantai?”