Orang Yang Membantu Orang Lain Berjaya

Entri ini telah diterbitkan pada 1 September lalu bersamaan hari pertama kita berpuasa. 

Puan Ainon Mohd (SifuPTS) memberitahu bahawa orang yang membantu orang lain berjaya, akan lebih berjaya daripada orang yang dibantunya itu. Apakah rasionalnya kenyataan Puan Ainon itu?

Beliau memberitahu lagi sebab kenapa orang yang membantu orang lain berjaya akan lebih berjaya di sebabkan oleh tiga faktor di bawah :

  • Orang yang suka membantu orang lain, tidak mempunyai musuh. Ini kerana semua orang suka kepadanya di atas sifatnya suka membantu orang. Apabila tidak mempunyai musuh, tidak ada orang yang cuba menjatuhkan kita.

  • Sosial insurans – Di atas sikap kita yang suka menolong orang lain. Kita mendapat jaminan bahawa lain kali orang akan tolong kita. Semakin ramai orang ingin membantu kita, di atas sifat kita yang baik itu. Ini menyebabkan kita mendapat sokongan dari ramai orang dan ini memudahkan kita mencapai impian.

  • Network lebih baik – Dengan kita menolong orang, semakin ramai yang kita dapat kenali, ini menambahkan lagi senarai kawan yang kita ada. Semakin banyak bilangan orang yang kita kenali, semakin tinggi peluang kita mencapai sesuatu impian.

Di sini saya ingin menghebohkan satu program yang sedang saya usahakan iaitu membantu orang lain mengurus kewangan. Saya sedang mencari individu ataupun keluarga yang ingin membantu orang lain berjaya. Konsepnya adalah dengan membawa buku-buku saya itu terus ke pada individu yang belum memiliki buku-buku tersebut.

Saya akan menyediakan bekalan buku-buku untuk dijual kepada orang disekeliling Tuan dan Puan, supaya mendorong pembaca baru itu bagi meningkatkan kemahiran menguruskan wang, perlaburan dan risiko hidup.

Sebagai permulaan saya menawarkan pakej RM100 di mana saya akan membekalkan buku-buku dengan diskaun sebanyak 20%. Tuan dan Puan dapat membeli buku-buku tersebut dengan harga 20% lebih murah dari harga pasaran.  Sebagai permulaan saya akan memulakan untuk individu yang tinggal di Lembah Klang, tetapi mana-mana individu yang tinggal di luar Lembah Klang tetapi sanggup datang ke lembah klang bagi mendapatkan buku, amatlah di alukan untuk turut serta membantu orang lain berjaya.

Saya ingin memulakan program ini bermula dengan kedatangan bulan puasa ini. Kepada penduduk di Putrajaya boleh menemui saya selepas booktalk di Alamanda esok, Sabtu 30 Ogos 2008.

Kesannya amat mendalam apabila kita membantu orang lain dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran mengurus duit, yang menjadi penyebab utama kenapa banyak individu stres di zaman ini.

Kepada yang berminat boleh tinggalkan nama, emel dan no. telefon (tidak wajib) ataupun emelkan maklumat saudara/i di info@shamsuddinkadir.com. Tuliskan Pakej Membantu Orang Lain Berjaya di ruangan tajuk emel.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimsnei Sebenar!

 

4 comments on “Orang Yang Membantu Orang Lain Berjaya”

  1. kart Reply

    Assalamualaikum Tuan Sham.

    Program yang cukup murni. Syabas Tuan Sham teruskan usaha yang murni ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *