Setiap hari kita akan berhadapan dengan perkara ataupun benda yang kita belum ketahui dengan jelas. Ada dua cara kita boleh pilih bagi mengetahui kewujudan perkara ataupun benda baru itu. Belajar daripada kesilapan sendiri ataupun belajar daripada orang terlebih dahulu sudah mempelajarinya.
Cara termudah bagi mempelajarinya adalah dengan mencari sekurang-kurangnya 10 mentor. Di mana kita melantik orang yang berilmu dan berpengalaman sebagai ‘penasihat’ kepada isu-isu ataupun ketidakpastian yang bermain di fikiran kita dari masa ke semasa.
Cari mentor sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap bidang yang berkait dengan kehidupan harian kita. Jadikan mereka sumber rujukan kita dalam meningkatkan ‘kualiti’ hidup sebagai khalifah Allah.
Mentor tidak semestinya seseorang yang terkenal. Asalkan seseorang itu layak untuk dijadikan mentor sudah mencukupi. Di samping belajar dengan mentor-mentor itu, kita juga boleh belajar melalui buku.
Jadikan waktu menonton televisyen pada waktu malam dihadkan kepada 30 minit sahaja dan gunakan waktu yang berbaki itu untuk membaca. Anak-anak hanya meminati buku apabila mereka melihat conthoh yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka.
Semakin banyak yang kita pelari semakin kurang risiko yang kita perlu berhadapan. Daripada kita menghiasi almari ruang tamu dengan hiasan ‘olok-olok’ adalah lebih bermanfaat jika almari display itu dijadikan mini library keluarga di ruang tamu. Ini akan menyemarakkan lagi aura menuntut ilmu.
Elakkan dari membeli majalah, surat khabar dan buku-buku yang ‘diibaratkan sampah’ ini kerana apabila dibaca oleh kita ataupun anak kita maka pemikiran ‘kotor ataupun busuk’ yang terhasil. Yang dibaratkan sampah adalah bahan bacaan yang hanya membincangkan gosip (meningkatkan fitnah), gejala sosial, dan yang merosakkan akidah dan mendorong pembaca melakukan aktiviti yang tidak senonoh.
Semakin banyak ilmu yang kita perolehi semakin kurang risiko yang kita perlu atasi. Pagi ini selepas bersahur, saya menyambung membaca buku “The Chinese Dilmema” manakala isteri saya membaca buku Brian Tracy ‘Psikologi Menjual’.
5 comments on “Mengurangkan Risiko Dengan Belajar”