Kursus 5 Hari Train The Trainer di Pembangunan Sumber Manusia Berhad

Pada pagi Jumaat, 12 September 2008 yang lalu peserta kursus seramai 15 orang di bahagikan kepada dua kumpulan. Saya bersama Tuan Osman Affan, Tuan Azzam Sabtu berada di dalam kumpulan pertama. Manakala YM Dr. Tengku Asmadi, Tuan Fadzli Yusof dan Tuan Sabtu  dalam kumpulan kedua.  Setiap peserta perlu membuat presentation di hadapan peserta lain yang ada di dalam kumpulan dan akan di perhatikan oleh seorang Master Trainer yang akan memberikan markah.

Alhamdulilah, tetap pukul 10.10 pagi adalah giliran saya membuat persembahan yang bertajuk ‘How To Avoids Impulse Buying’ di hadapan 7 peserta lain dan seorang Master Trainer Puan Sahlah Ibrahim yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami selama 5 hari kami berkampung di bilik training bangunan Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Jalan Beringin, Damansara Height.

Tuan Shamsuddin Kadir

Sebenarnya saya adalah peserta ketiga daripada lapan peserta yang perlu membuat persembahan selama 20 minit. Syukur saya dapat menyiapkan presentation tersebut tepat 20 minit.  Tuan Osman Affan adalah peserta pertama yang membuat presentation dengan tajuk  ‘Memory Skills for beginners’.

Presentation

Alhamdulilah kami semua dapat membuat persembahan yang terbaik, walaupun sedikit berdebar kerana ini kali pertama kami di evaluate oleh Master Trainer. Keputusan persembahan kami itu akan diketahui dalam masa 3 minggu lagi. Insyaa-Allah semoga semuanya menjadi ‘Certified Trainer’ dalam masa 3 minggu lagi.

PSMB

Gambar kenangan  bersama dengan Ms Angie, Mr. Vincent, Tuan Fadzli Yusof, Tuan Osman, Mr Chong, Ms Thila, Puan Sahlah (Master Trainer) Tuan Sabtu, Mr. Eddie, Tuan Azzam, Tuan Azlan, YM Dr Tengku Asmadi dan Ms Chan (Sister Chan Chan), satu peserta yang gambarnya tiada ada Mr. Karthig. Mereka semua  memberikan komitmen bagi memastikan program yang dirancangkan berjalan lancar.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada Master Trainer Puan Sahlah Ibrahim yang banyak memberikan input bagi kami meningkatkan lagi kualiti dalam mengendalikan kursus di masa hadapan.

Terima kasih juga kepada kakitangan Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih.

Semua gambar dalam entri ini di salin daripada halaman Tuan Osman Affan.

3 comments on “Kursus 5 Hari Train The Trainer di Pembangunan Sumber Manusia Berhad”

  1. HaiQal Reply

    Tn. saya amat berminat dan menjadi impian saya sudah sekian lama dlm bidang ini, tetapi tak tahu bagaimana laluan serta jalannya. Bolehkah tn berkongsi maklumat serta ilmu bagaimana utk merealisasikan impian ini menjadi kenyataan.

  2. saras Reply

    tuan, saya amat berminat untuk menjadi trainer/motivator terutama untuk pelajar sekolah dalam bidang kepimpinan , attitude dll.

    saya mahu menghadiri kursus untuk trainer seperti di atas. blh tuan beri saya maklumat untuk menghadiri kurus train the trainer. t.q

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *