Pada 29 Ogos lalu saya menerima satu emel daripada bekas pelajar saya yang sudah bekerja sejak sebulan yang lalu. Beliau memaklumkan kepada saya tentang informasi yang dia terima melalui emel daripada kawannya.
Satu kejadian yang berlaku berdekatan dengan sebuah pasaraya di Shah Alam, Selangor pada bulan Februari yang lalu. Di mana ada sebuah BMW yang sedang di kerumuni oleh ramai orang. Ada seorang wanita sedang menangis di sebelah BMW itu. Rupa-rupanya ada seorang budak lelaki yang berumur sekitar 1 tahun sedang menangis dan meronta-ronta di atas tempat duduk kerusi BMW itu. Wanita yang menangis itu adalah ibunya, rupa-rupanya pasangan ini telah terkunci anak di dalam kereta.
Orang ramai yang mengerumuni kereta BMW tersebut memberi cadangan bagi mengumpil pintu ataupun memecahkan cermin kereta tersebut, kerana dalam keadaan panas terik, kelihatan budak itu sudah semakin tidak bermaya menahan kepanasan. Ibu kepada budak ini sambil menangis mengatakan tidak boleh kerana suaminya tidak benarkan.
Apabila di tanya di mana suaminya, beliau menjawab suaminya pergi balik rumah ambil anak kunci pendua. “Tengok anak itu sudah semakin sengsara, sanggup ke awak biar anak awak itu mati?” Kata seorang perempuan kepada ibu si anak itu. Ibu kepada kanak itu masih memberikan jawapan yang sama “Suami saya akan marahkan saya”
Diringkaskan, apabila di tanya kenapa suaminya belum sampai lagi, beliau memberitahu suaminya pulang ke rumah mereka di Meru, Klang untuk ambil kunci pendua.
Akhirnya mereka memecah juga cermin bagi mengeluarkan bayi yang tenat itu, tanpa menghiraukan larangan ibu kepada bayi tersebut kerana suaminya akan marah jika berbuat demikian. Sehingga bayi itu ditempatkan di klinik berdekatan, ayahnya masih belum muncul. Pasangan tersebut adalah pasangan beragama Islam.
———————————
Apabila kita hidup semata-mata untuk menunjukkan kepada orang lain,
Apabila kita hidup semata-mata untuk memuaskan nafsu kita
Apabila kita hidup di luar kemampuan demi menjaga imej
Kita akan sentiasa bertindak di luar batasan kemanusiaan
Pastikan kita membiayai hidup berdasarkan apa yang kita mampu bukannya membiayai ‘nafsu’ yang sanggup menggadaikan nyawa kerana sayangkan kereta. Tiada satupun aset yang ada di dalam dunia ini kekal kecuali amalan baik termasuk membantu orang lain menguruskan kewangan dengan bijak.
3 comments on “Biar Mati Anak, Jangan BMW Rosak…”