Assalamualaikum,
Tuan, saya baru sahaja menonton siaran motivasi pagi ‘perangkap kewangan’ dan berasa sangat bertuah kerana buat pertama kalinya informasi yang diberikan amatlah berguna kepada saya.
Saya kini berusia 27 tahun dan sudah pun berkahwin. Apa yang mahu dikongsikan disini. saya telah melanggan perkhimatan ‘Tipu fitness’ (Bukan nama sebenar) kontrak selama 2 tahun. Al-maklumlah teruja dengan yoga, sauna dan macam-macam lagi peralatan terkini syarikat tersebut.
Bagaimana saya boleh melanggani ‘Tipu fitness’?
Mula-mula dia menelefon saya menyatakan ada voucer yang saya dapat dan boleh ambil dia bgn itu. Saya pun nekad just nak ambil voucer sahaja dan tidak mahu lebih dari itu. Akan tetapi sampai saja di sana, rupanya mereka lagi bijaksana memerangkap saya lalu saya pun bersetuju dan mengeluarkan kad kredit untuk wang pendaftaran. Mereka sangat pandai melekakan kita. Kejadian ini membuatkan saya sangat berhati-hati jika terjadi lagi.
Sekarang ni saya telah menghantar surat mengatakan saya ingin membatalkan kontrak saya . Tetapi pihak Tipu fitness (Bukan nama sebenar) tidak menerima kerana kontrak saya 2 tahun. Saya sangat pelik kerana tidak tahu ke mana harus saya selesaikan masalah ini. Saya berharap dapatlah tuan membantu saya mendapatkan jalan untuk mengurangkan beban hutang saya ini.
Terima kasih
AH
…………………………………………
6 comments on “Surat Pembaca : Terperangkap Oleh Voucer Percuma”