Emel di bawah yang saya terima, melalui info@shamsuddinkadir.com
Tuan, saya ingin tahu lebih lanjut bagaimana kita mengurus kewangan untuk menjadi kaya.
Terima Kasih
RK
………………………………
Terima kasih di atas pertanyaan di atas. Ianya adalah maklumat tambahan bagi artikel saya sebelum ini. Bagaimana kita boleh menjadi kaya dengan merancang kewangan? itu persoalannya. Semalam sewaktu membeli hadiah di sebuah pasaraya saya melihat seorang lelaki dewasa sedang beratur di kaunter , di satu tangannya ada sekotak tisu basah untuk bayi yang kurang berjenama dan di tangan yang kedua beliau memegang kad diskaun pasaraya tersebut. Hati saya terdetik, waw dengan membeli sebanyak itu lelaki ini masih ingin mendapatkan penjimatan? Saya bercadang untuk menemuduganya tetapi kerana kesuntukan masa, saya terus bergegas.
Rupa-rupanya isteri saya yang menunggu di dalam kereta turut terpegun melihat keletah seorang wanita yang hanya memakai baju kurung biasa, dan sedang memilih baju kurung yang di pamerkan di ruang kaki lima pasaraya itu. Harga baju kurung yang dipamerkan tidak lebih daripada RM40 sepasang. Selepas itu beliau masuk kembali ke ke dalam keretanya dan mengambil tempat duduk sebelah pemandu. Kereta yang wanita ini naiki adalah Honda Accord 2.4 bernilai RM171,800 yang terbaru di pasaran.
Apabila saya memasuki kereta saya, lelaki yang saya nampak di dalam pasaraya tadi turut memasuki keretanya yang terletak di sebelah kereta saya, beliau mengambil tempat duduk pemandu di dalam kereta yang sama di duduki oleh wanita tadi.
Saya percaya pasangan ini ‘Merancang Kewangannya’, mereka juga bijak Menanguh Kepuasaan. Sayang saya tidak sempat menemuduga mereka.
Apabila kita merancang kewangan kita sebenarnya meletakan had apa yang kita boleh belanja hari ini bagi memastikan kita dapat hidup senang mulai 5 tahun dari sekarang contohnya. Apabila kita membuat perancangan di mana kita memperincikan segala kos hidup, biasanya kita dapati kita mempunyai duit yang sedikit sangat. Kita dapati kita tidak dapat membina pulau yang bakal kita duduki 5 tahun daripada sekarang itu penuh dengan semak samun, tiada pembangunan langsung. Untuk membangunkan pulau kita itu, kita memerlukan duit. Ketika itu, timbul kesedaran di dalam hidup kita bagaimana duit-duit akan datang ke dalam akaun simpanan, akaun pelaburan bagi memastikan pulau impian kita itu dibagunkan seperti yang kita hendaki. Kart adalah nama pendek seorang pelawat setia blog ini yang sudah menjadi semakin ‘kaya’. Beliau bermula dengan mengikuti langkah yang ada di dalam buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.
Jika saudara RK sudah berkeluarga, contoh cerita di atas memainkan peranan pertama, iaitu kita dan pasangan perlu mempratikkan konsep sama dalam memastikan impian kita menjadi. Mulakan kaedah di dalam buku itu dan teruskan dengan mendapatkan info-info kewangan diri.
Saya mendoakan saudara dan semua pelawat blog ini sentiasa diberikan kebaikan yang datang mendadak oleh Tuhan yang maha esa. Amin.
Membina Dimensi Sebenar!
12 comments on “Surat Pembaca : Merancang Kewangan Menjadi Kaya”