Assalamualaikum Tuan Sham,
Saya Shamsul (bukan nama sebenar) berumur 31 tahun dan berasal dari Alor Star dan sudah berkahwin.
Saya sudah membeli sebuah buku karangan tuan sham iaitu *Kaya dengan Rumah*. Banyak kali saya ‘khatam’ kerana ulasannya yang jelas dan kena dengan situasi semasa. Saya bekerja sebagai guru SM dan gaji boleh lah sara keluarga setakat ini.
Cuma selepas kenaikan harga minyak, budget terpaksalah lebih sikit dari sebelumnya. Jadi di sini saya ingin mendapat khidmat nasihat dan rujukan tuan Sham berkenaan bagaimana saya boleh menggandakan wang saya menjadi lebih berganda sebelum saya pencen pada umur 56 tahun nanti. Saya sudah target (tetapkan sarasan) pada umur 41 tahun nanti saya juga akan bebas hutang!!
Jadi, dalam saya bekerja saya telah berjaya mengumpul RM100,000 dalam ASB.
Bank? Sekadar alat transaksi sahaja.
Duit simpanan itu saya simpan dalam ASB saja. Nak dapat untung dari ASB terpaksa tunggu setahun sekali. ada naik
turun juga keuntungan ASB nie.
jadi bagaimana caranya saya boleh menggandakan wang simpanan saya itu menjadi lebih berganda sebelum saya
pencen dengan nilai simpanan terkumpul RM1juta.
Emmm insya-Allah. Dalam masa ini saya cuma ada* 4 hutang *yang sedang ditunaikan tanpa tergendala tiap-tiap bulan.
1-Hutang rumah(RM125000 sahaje) (beli rumah dengan Government loan)-potong via gaji
tiap bulan untuk selama 10 tahun RM1030.00. umur 41 tahun selesai hutang.
2-Hutang kereta (baki tinggal RM30k lagi settle).bulanan RM572- umur 36
selesai
3-Hutang PTPTN (baki tinggal RM16k lagi ) bulanan RM250- anytime boleh di jelaskan
4-Hutang ASB RM20,000 (loan bank XYZ ASB RM25,000)- bulanan RM200-anytime
boleh disettled. Ikut kawan ambil loan ini masa mula kerja dulu.
Jadi, bagaimana caranya saya boleh menggandakan wang simpanan saya ini?
Saya boleh menggunakan wang simpanan RM100k itu untuk menyelesaikan hutang-hutang yang saya listkan di atas tapi tak berjayalah saya untuk menggandakan wang saya itu tuan Sham.
Saya amat berharap tuan sham dapat memberi jalan kepada saya bersama tips-tips yang boleh saya ikuti.
Shamsul (Bukan nama sebenar)
Alor Setar
—————————
Waalaikummusalam,
Semoga Allah sentiasa melimpahi saudara dengan limbahan kebaikan yang datang mendadak dan keberkatan rezeki yang berterusan. Ya Allah perkenankan lah doaku ini. Amin.
Syukur kerana saudara seorang daripada orang yang ‘terselamat’ kerana menangguhkan kepuasaan. Tahniah sekali lagi. Walaupun umur baru mencecah 31 tahun saudara sudah dapat mengumpul timbunan tunai RM100,000.
1. Saudara boleh meneruskan pembayaran ansuran rumah dengan pembiayaan oleh skim kerajaan.
2. Saudara juga boleh meneruskan ansuran pembayaran kereta ataupun membuat ‘full settlement’ jika perlu bagi mengurangkan bebanan kredit bagi mendapat lebih banyak pinjaman baru.
3. Bagi simpanan di ASB saudara boleh kekalkan ataupun membuat beberapa pelaburan lain bagi mengandakan wang saudara itu.
-
Saudara boleh melaburkan sebahagiannya di dalam unit amanah yang syariah compliant, cari bank tempatan yang terkenal dengan unit amanah yang berdaya maju. Ada unit trust yang telah memberikan pulangan melebihi 20% setahun.
-
Saudara juga boleh mengunakan bagi membayar duit muka bagi membeli rumah perlaburan seperti yang saya nyatakan di dalam buku ‘Buat Duit Dengan Rumah’ yang akan memasuki pasaran dalam pertengahan bulan September dengan izin tuhan.
-
Berkenaan dengan bayaran ansuran pinjaman PTPTN itu saudara boleh teruskan tanpa menjelaskan secara sekaligus.
-
Berkenaan pinjaman yang dibuat dengan bank bagi membeli saham ASB itu saya tidak dapat memberikan pandangan kerana sehingga kini pinjaman yang disediakan oleh bank adalah berlandaskan ‘konvensional’ iaitu pinjaman bertunjangkan riba. Menggandakan wang melalui sistem konvensional adalah bertentangan dengan kehendak Allah.
-
Secara keseluruhan, saya berpendapat, saudara perlu memecahkan duit perlaburan saudara itu kepada beberapa jenis perlaburan yang ada di luar sana. Bagi memahaminya dengan lebih terperinci dapatkan buku Hidup Tenang walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya.
Dalam setiap pelaburan ada risikonya, kita dapat mengurangkan risikonya dengan banyak membaca buku yang berkaitan dengan perlaburan yang kita ingin ceburi.
Tahniah dan selamat berjaya.
Di alu-alukan tetamu blog bagi memberikan pandangan.
Membina Dimensi Sebenar!
4 comments on “Surat Pembaca : Menggandakan Wang Saya”