Syarikat kewangan sedang membuat persediaan bagi menstrukturkan semula pembayaran balik bagi pembiayaan kereta oleh pelanggan. Tujuannya adalah bagi mengurangkan bebanan pelanggan yang menangung komitmen ansuran bulanan yang tinggi.
Sekurang-kurangnya 3 bank terkemuka akan mengumumkan pelan dalam masa terdekat, itu yang dilapurkan di dalam sebuah akhbar tempatan semalam.
Kaedah yang akan digunakan sudah pasti adalah dengan memanjangkan tempoh pembiayaan. Mengurangkan kadar faedah ataupun keuntungan mungkin bukan satu kaedah yang menjadi pilihan bank.
Secara puratanya pembeli mengambil pinjaman antara 7 hingga 9 tahun. Jangka hayat purata kereta sebelum mengalami kerosakan adalah 4-5 tahun. Apabila baki pembiayaan kenderaan sudah berkurangan, dan ditambah kembali apabila distruktrukan semula menambahkan lagi bebanan pemilik dari segi kos faedah ataupun keuntungan tambahan yang diperolehi oleh bank.
Bagi individu yang ingin memohon bagi menstruktur semula pembiayaan kenderaan, elok terlebih dahulu membuat bedah siasat gaji. Dapatkan kos sara hidup bulanan saudara dengan terperinci supaya saudara ketahui status kewangan terkini. Antara yang membebankan individu adalah menambahkan bebanan melalui skim ansuran mudah, kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya. Elakkan daripada menambah hutang baru bagi memastikan kita dapat mencapai kebebasan kewangan.
Membina Dimensi Sebenar!
1 comments on “Menstruktur Semula Pinjaman Kereta”