Membiayai Impian Dengan Duit Gaji

Membiayai impian bagi memiliki rumah ‘selesa’ dan kereta ‘selesa’ dengan mengunakan duit gaji bulanan membebankan kita. Ianya bukan membuatkan kita menjadi semakin tenang, sebaliknya menghilangkan segala ketenangan yang kita miliki sebelum ini. Di hadapan jiran dan orang lain kita merasa gembira di atas keupayaan kita memiliki kereta dan rumah yang agak mahal dan besar, tetapi jauh di sudut hati kita merasai  keperitan membayar ansuran bulanan dan kos yang berkaitan.

Apabila kita hidup ‘makan gaji’ kita tidak tahu sampai bila kita terus mendapat gaji, terutamanya individu yang bekerja di sektor swasta. Banyak individu yang sudah merasai kesilapan apabila mereka kehilangan pekerjaan dan ada yang tidak menerima kenaikan gaji seperti sebelum ini. Kita boleh mencapai impian memiliki rumah, kereta dan lain-lain kehendak kita dengan hanya makan gaji, tetapi jangan biayainya dari gaji bulanan.  Gunakan sebahagian besar wang gaji yang diperuntukan untuk simpanan bagi dilaburkan agar ianya menghasilkan duit ekstra secara bulanan ataupun tahunan. Gunakan duit hasil keuntungan perlaburan itu bagi membiayai bayaran wang muka dan juga ansuran bulanan untuk rumah dan kereta kita itu.

Mengikut kajian, prestasi kita akan jatuh merudum mulai saat kita dihimpit dengan bebanan kewangan, walaupun ketika ini kita masih mampu membayarnya. Majoriti kakitangan yang membiayai rumah dan kereta impian dengan membayar ansuran bulanan dengan duit gaji bulanan mengalami apa yang di panggil kemerosotan prestasi.

Sebelum kita berjaya mencapai hasil perlaburan yang mampu menangung rumah dan kereta impian kita, lebih baik kita membeli rumah dan kereta sekadar memenuhi ‘Keperluan’ dan bukannya kehendak. Kita tidak dibebani dengan ansuran yang tinggi setiap bulan apabila sekadar hidup dengan membiayai keperluan asas dan kehendak yang ‘kecil’ bagi memastikan kita terus bersemangat dalam mencapai impian sebenar.

Ada impian yang banyak dan besar adalah bagus dan usahakan agar impian itu dapat dimiliki dengan mengunakan duit orang lain, supaya kenikmatannya benar-benar dirasai bukannya dibebani.

Tanya kepada diri kita,

  • Adakah kita merasa tenang tinggal di dalam rumah kita sekarang dengan menangung ansuran dan kos sampingannya?

  • Adakah kita merasa puas dan berbaloi memandu kereta kita itu dengan  menangung ansuran dan kos sampingannya?

 Jika jawapannya kita tidak tenang dengan bebanan ansuran dan kos sampingannya, itu bermakna kita sebenarnya membiayai rumah, kereta dan lain-lain barangan dan servis dalam keadaan kita sebenarnya belum mampu. Bebanan ini yang berkumpul di dalam minda kita semakin lama akan mengusutkan fikiran kita sebelum menimbulkan  banyak tekanan dan masalah yang tidak baik kepada diri dan orang yang berada disekeliling kita.

Advertorial

Kami di Ultra Mind Resources, menawar khidmat bagi membantu organisasi meningkatkan kualiti dan kuantiti kerja kakitangan yang berpunca daripada masalah ‘sulit’ melalui kursus Dimensi II & III. Antara pelanggan kami adalah Majlis Perbandaran Port Dickson, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Akademi Percukaian Malaysia dan banyak lagi. Emel ke info@shamsuddinkadir.com ataupun hubungi 03-5548 4348.

Membina Dimensi Sebenar!

7 comments on “Membiayai Impian Dengan Duit Gaji”

  1. kart Reply

    Assalamualaikum Tuan Sham.

    Buku `Buat Duit Dengan Rumah’ sudah ada di pasaran, kenapa Tuan tidak war-warkan kepada pengunjung blog ini.

    Tahniah Tuan kerana berjaya menulis buku yang keempat, pasti terlaris.

  2. aishah mastura Reply

    Assalamualaikum.

    Tahniah Tuan Shamsuddin Kadir, sudah buku keempat tuan menulis. Tajuk buku ini `Buat Duit Dengan Rumah’, tajuknya saja sudah mengembirakan hati saya, belum lagi membacanya. Ye le, siapa tak nak duit.

    Tuan, buku ini sudah ada di kedai-kedai buku ke.

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam kepada Saudari Kart dan Aishah.

    Ya Buku Buat Duit Dengan Rumah di jadualkan terbit pada bulan Ogos 2008.

    Saya tidak pasti sama ada buku itu sudah siap dicetak dan telah di edarkan di kedai buku.

    Insyaa-Allah saya akan maklumkan kepada semua pelawat, selepas menghubungi editor saya.

    Terima kasih di atas sokongan saudari berdua, semoga ianya juga menjadi amalan yang bermanfaat di dunia dan akhirat nanti.

  4. Zul Hisham Ahmad Reply

    Assalamualaikum Tuan Sham.

    Tahniah Tuan, dah buku keempat. Buku yang ditulis oleh tuan seperti keropok, sedap membacanya …. tak jemu.

    Nak jadi kaya yang sebenar, bacalah buku Tuan Shamsuddin.

  5. Ainnur Reply

    Salam Tuan Sham.

    Tajuk buku `Buat Duit Dengan Rumah’ bunyinya pun dah sedap macam buat teh dengan susu.

    Saya pasti isikandungan buku tersebut lebih menarik dan lebih sedap dari tajuknya.

  6. Diamont Reply

    Tuan,
    Saya telah mendapatkan buku tuan , saya sentiasa mengikut petua yang tuan sarankan, memang menjadi…tetapi tentang kurangkan penggunaan kad kredit tu, agak susah la….

  7. Diamont Reply

    Saya tunjukkan kepada ibu saya buku tentang ‘buat duit dengan rumah“…ibu saya ikutinya, dia sudah ada 2 buah rumah sewa….kami sentiasa gembiora..bila tuan akan terbitkan buku baru…bahasa tuan mudah difahami..best la…

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *