Mengikut kajian yang dibuat oleh saya sendiri, rata-rata individu yang ‘makan gaji’ menjadi kaya ataupun senang dengan hanya menguruskan gaji mereka itu.
Ada yang bergaji rendah sangat, tetapi mampu membeli rumah secara tunai.
Ada yang bergaji sederhana tetapi mudah naik pangkat.
Ada yang bergaji rendah (kerani) tetapi memiliki lebih daripada seratus buah rumah.
Ada yang bergaji kurang daripada RM2,000 tetapi memiliki suku juta duit di dalam bank.
Di atas adalah sebahagian kecil daripada penemuan dari kajian saya. Dengan menguruskan kewangan, kita dapat mengetahui status sebenar kita. Apabila kita mengetahui status sebenar kita, timbul kesedaran tentang keperluan semasa dan akan datang dalam hidup kita. Kesedaran itu yang mengerakkan kita supaya bertindak dan mendisplinkan diri dalam mengikuti setiap apa yang kita telah tetapkan.
Adakah kita ingin terus dihimpit dengan masalah, sedangkan orang lain di sekeliling kita terus menikmati ketenangan dan kebahagian hasil daripada usaha mereka melatih diri mereka, supaya berdisplin dalam mengatur hala tuju wang gaji bulanan.
Pilihan ada di tangan kita dan ianya tidak sesekali berada di tangan orang lain. Jika keadaan di luar sana menghimpitkan pemikiran dan ketenangan kita, cara terbaik adalah mengubah diri kita, kerana kita tidak bisa mengubah selain daripada kita, tanpa kita mengubah diri kita terlebih dahulu. Baca kisah seorang raja dengan karpet di dalam entri-entri yang terdahulu, untuk memahaminya dengan jelas.
Setiap usaha kita yang baik itu sudah pasti memberikan ketenangan, kebahagian dan kesenangan kepada kita.
Emel : info@shamsuddinkadir.com, Tel : 03 5548 4348, Fak : 03 5548 4348, www.shamsuddinkadir.com
Membina Dimensi Sebenar!
4 comments on “Kajian SK: Mengurus Kewangan Menjadi Kaya”