Jerat Bank – Membiayai Semula Pinjaman Rumah

Di bawah adalah ringkasan yang saya buat berdasarkan satu artikel menarik yang di hantar oleh Saudara Ibnu Arif melalui emel (info@shamsuddinkadir.com) berkenaan dengan jerat yang dibuat oleh bank-bank di US. Beliau juga merasakan produk-produk yang dimaksudkan di dalam artikel tersebut sudah mula muncul di Malaysia. 

Saya juga bersetuju dengan pandangannya bahawa produk-produk ‘jerat’ semakin banyak masuk ke pasaran kewangan  tempatan.

Secara ringkasnya ianya berkenaan dengan bank yang menawarkan pembiayaan semula rumah supaya mereka terus dapat meningkatkan jumlah keuntungan daripada pinjaman tambahan yang kita ambil itu.

Antara ayat iklan yang digunakan bagi memancing individu yang masih ‘rabun’ adalah “Pasti ada sekurangnya RM25,000 tersembunyi di dalam rumah anda, kami dapat bantu anda mencarinya”.

Pakar memberitahu bahawa iklan yang mengalakkan dan yang menjadi penyebab kenapa orang semakin banyak menangung hutang. Kegagalan mengenali yang mana permata dan kaca adalah penyebab utama kenapa ramai individu dibebani dengan hutang keliling pinggang. Gaji sebesar manapun tidak dapat menghadkan perbelanjaan selagi mana seseorang itu terus hidup dalam rabun kewangan.

Jika dahulu, pembiayaan semula ataupun ‘refinance’ adalah pilihan terakhir individu yang mengalami masalah kewangan yang teruk. Hari ini, pinjaman jenis ini menjadi sesuatu yang diterima oleh orang ramai dan mereka tidak merasa malu memohonnya.

Banyak kata-kata manis ditaburkan di dalam hampir setiap iklan, antaranya adalah anda perlukan duit untuk membesarkan rumah ataupun mengubahsuai rumah?

Individu yang melanggan produk-produk yang dilengkapi dengan jerat, hidup papa tetapi bergaya untuk satu tempoh yang sementara sebelum merana sepanjang hayat.

Elakkan diri daripada terpengaruh dengan iklan-iklan yang membuatkan kita terpaksa membiayai semula  ‘refinance’ rumah bagi menangung lebih banyak hutang yang membuatkan kita semakin miskin.

Membina Dimensi Sebenar!

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *