Diari SK : Muncul Di Motivasi Pagi TV3 Ahad Ini

Insyaa-Allah saya akan ke udara pada pukul 7 pagi pada hari Ahad ini bagi membicarakan topik ‘Perangkap Kewangan”.  

Tuan dan Puan semua dijemput dan dialu-alukan bagi memberikan maklum balas berkenaan dengan segmen Motivasi Kewangan yang akan ke udarakan buat kali kedua. Insyaa-Allah jika program ini mendapatkan maklum balas yang baik, ianya akan diteruskan di masa hadapan. Mohon maaf jika bahasa yang digunakan itu ada yang membuatkan hati di antara penonton yang terguris. Tiada niat saya untuk menyakiti, tujuannya semata-mata bagi memberi peringatan kepada kita semua. 

tv3_clr.jpg

Logo TV3 ini di salin dari halaman rakan trainer Tuan Fadzli Yusof. Beliau juga yang memberi sokongan  di atas kapasiti beliau sebagai setiausaha TAMRIN.

Saya akan muncul dalam siri MOTIVASI PAGI TV3 seperti berikut:

1. 03/08/2008  – Mengurus Hutang

2. 10/08/2008 – Mengurus Perbelanjaan

3. 23/08/2008 – Minat Menabung

4. 30/08/2008 – Merancang Sara Hari Tua

5. 19/10/2008 – Antara Keperluan & Kehendak

Gambar di atas dan sebahagian informasi di salin dari halaman SifuPTS.

Terima kasih kepada semua yang memberikan maklumbalas bagi siaran Motivasi Pagi pada 3 Ogos yang lalu. Terima kasih

Saya mengalu-alukan sebarang komen, sokongan, pandangan yang berkemungkinan besar saya akan ajukan kepada Tuan Penerbit TV3.

Bagi sebarang jemputan bagi ceramah dan kursus, sila hubungi saya melalui 03-5548 4348 ataupun emel ke info@shamsuddinkadir.com

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

6 comments on “Diari SK : Muncul Di Motivasi Pagi TV3 Ahad Ini”

  1. Zulkhis Abd Jalil Reply

    Assalammualaikum

    En. Shamsuddin,

    Saya baru pertama kali mendengar motivasi pagi dari En. pagi ini di TV3 dan berminat tentang beberapa doa yang disyorkan pagi tadi iaitu selain mengamalkan solat dhuha tapi tidak sempat nak salin doa2 tersebut.

    Harapan saya jika Encik dapat emailkan kepada saya doa-doa tersebut atau dimuat turunkan dari mana-mana laman tertentu supaya saya dapat amalkan insyaallah di dunia dan akhirat.

    Sekian terima kasih. Motivasi Encik memang sangat-sangat berguna untuk diamalkan oleh saya dan keluarga serta masyarakat Malaysia umumnya. Sekian terima kasih sekali lagi.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Saudara Zulkhis,

    Pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan saudara sekeluarga.

    Doa itu adalah seperti berikut :

    Ya Allah sesungguhnya
    aku berlindung kepada Mu dari rasa Susah dan Sedih
    aku berlindung kepada Mu dari rasa Lemah dan Malas
    aku berlindung kepada Mu dari sifat pengecut dan kedekut dan,

    Aku juga berlindung kepada Mu dari dibebani dengan hutang dan tekanan orang lain terhadap kami,
    Ya Allah perkenankan doaku (kami) ini.

    Sebaiknya doa ini dibaca bukan untuk dikhususkan kepada diri sendiri tetapi untuk semua iaitu pengunaan kami, iaitu yang ditujukan kepada ahli keluarga, rakan, jiran dan juga saudara seagama yang kita tidak suka.

    Doa itu boleh juga diperolehi dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang.

  3. kart Reply

    Assalamualaikum Tuan Sham,

    Semasa menonton motivasi pagi semalam, ingatkan dapat nak buat kritikan sikit tentang tuan, oh rupa-rupanya tak ada juga tapi saya terkejut dan terpegun mendengar kisah sahabat dan jiran tuan tu, siapa agaknya beliau, boleh saya tahu he… he…he…

    Tuan Sham laju sangatlah bila bercerita tu dan muka tu janganlah sedeh sangat kah…kah…kah

    Tapi tuan, sahabat saya juga menonton, katanya wajah tuan tu ikhlas iaitu keluar dari hati tuan yang ikhlas, ialah risau dan bimbang ramai sangat yang terperangkap dalam hutang.

    Mohon maaf ya tuan, saya kutuk tuan tadi, tapi sikit aje kan. Apapun syabas dan tahniah Tuan, banyak tips dan ilmu yang dapat saya pelajari. Saya akan tunggu siri yang seterusnya.

  4. awin Reply

    Assalamualaikum Tuan.

    Saya tertarik dengan tips dalam motivasi pagi- ansuran kereta untuk tempoh 4 tahun sahaja. Bila kita mengambil pinjaman kereta untuk tempoh 4 tahun bayarannya sudah tentu tinggi pada setiap bulan. Jadi di sini baru kita tahu kemampuan kita sebenar, mampu ke tidak.

    Tuan, saya bersetuju dalam hal ini. Jadi setelah 4 tahun hutang pun selesai dan selalunya dalam tempoh 4 tahun kereta belum buat hal lagi masih dikira baru.

    Tuan, cerita tuan berkenaan dengan jiran tuan, mulanya saya ingatkan sahabat saya, tetapi saya silap orang. Tabik saya kepada jiran tuan itu.

    Terima kasih tuan.

  5. aishah mastura Reply

    Assalamualaikum.

    Saya ada menonton Motivasi Pagi, dan saya tertarik dengan kisah jiran tuan yang pada mulanya tidak suka membaca tetapi telah berubah apabila membaca buku tuan yang pertama. Dalam fikiran saya ketika itu mesti power rangers buku tuan itu.

    Semalam baru saya berkesempatan untuk mendapatkan buku `Hidup Tenang Walaupun Berhutang’. First Class lah buku ini, dapat dijadikan panduan untuk menikmati kesenangan dan ketenangan hidup tanpa perlu berhutang.

    Tahniah Tuan Shamsuddin

  6. Akil Reply

    Assalamualaikum Tuan Sham,

    Maaf lewat memberi komen. Saya ada nonton Motivasi Pagi. Terima kasih, tips untuk membeli perabut dapat membantu saya. Saya dalam perancangan untuk menukar sofa, ia beli secara tunai ikut kemampuan dan jauh lebih menguntungkan.

    Wow jiran tuan, dapat langsaikan hutang kad kredit RM 11,000 dalam tempoh 6 bulan, hebat sungguh.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *