Saya dengan rendah diri menjemput saudara dan saudari yang tinggal di Putrajaya ataupun yang akan berkunjung ke Alamanda, Putrajaya bagi menghadiri book talk pada 30 Ogos ini. Insyaa-Allah saya akan menjayakan booktalk pada hari sabtu ini selama 1 jam mulai jam 3.30 – 4.30 petang, di kedai buku MPH.
Kepada tetamu yang membaca buku-buku saya dan tetamu blog, penonton motivasi kewangan di TV3, saya amat mengalu-alukan kedatangan saudara/i bagi bertukar-tukar fikiran dan juga mengeratkan silaturahim.
Informasi di bawah ada dipamerkan di halaman www.mph.com.my.
EVENT AT MPH ALAMANDA, PUTRAJAYA
Date/Time |
Event |
30 Ogos 2008 (Saturday)3.30 – 4.30pm |
Booktalk: Secrets on the Importance of Property Investment in Malaysia by Shamsuddin Abdul Kadir, author of Kaya dengan Rumah, Buat Duit Dengan Rumah, Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tetapi Kaya and many more. |
Jika diizinkan Tuhan, kita akan bertemu di sana.
——————————————
Terima kasih di atas sokongan Tuan dan Puan semua yang telah turut serta dalam program bicara buku pada petang tadi. Tahniah juga kepada pemenang kuiz yang membawa pulang buku terbaru iaitu Buat Duit Dengan Rumah yang dimenangi oleh Puan Dayang Suzana dan Tuan Mior Mohd Fahmi manakala bagi buku Makan Gaji Tetapi Kaya di menangi oleh Tuan Abdul Latip (Penulis Tersohor Tanahair).
Ini adalah kali pertama saya membawa buah tangan kepada pendengar bicara buku saya. Ini sebagai ucapan terima kasih kepada pengunjung MPH yang telah menjadikan buku Kaya dengan Rumah menjadi buku paling laris bagi bulan April dan Mei 2008 berdasarkan carta PTS. Manakala ketiga-tiga buku yang telah diterbitkan itu menjadi buku terlaris sepanjang 6 bulan pertama tahun ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong, saya amat menghargainya.
Kali pertama saya menjayakan booktalk di Alamanda pada Ogos tahun lalu sempena MPH BookTalk, insyaa-Allah saya akan datang lagi bulan hadapan bagi mempromosikan buku ‘Biskut Ajaib’ jika ada peluang.