Antara Beli Dan Sewa Rumah

Salam,

Antara dengan beli rumah dan sewa rumah pada masa bujang, mana yang lebih menguntungkan? Bagaimana pula, bila yang baru berkahwin?

Terima kasih

 ZI

—————————————–

Salam saudara ZI,

Terima kasih di atas pertanyaan yang bagus. 

Bila kita patut beli rumah, sebelum ataupun selepas berkahwin. Mengikut kajian perempuan ataupun isteri lebih menghormati lelaki yang ada harta bujang seperti rumah. Harta bujang seperti rumah ataupun tanah yang dibeli oleh individu bernama lelaki amat di sanjungi oleh bakal isteri kerana ianya menunjukan bakal suaminya seorang yang bijak dan berfikir tentang masa hadapan. Bukan sahaja bakal isteri yang kagum, ibubapa mertua juga melihat bakal menantunya adalah orang yang matang kerana berfikir untuk hari tua.

Memiliki harta seperti kereta, tv, radio, komputer, handphone canggih, laptop tidak termasuk di dalam harta bujang yang memikat naluri sebenar isteri. Ini bukannya bererti lelaki yang tidak ada rumah itu tidak pandai dan bijak, cuma ianya memberikan kredit kepada lelaki yang memilikinya.

Itu jika kita lihat dari sudut pandangan wanita dan bakal ibubapa mertua kita. Bagaimana pula dengan pandangan diri kita sendiri?

Jika ada kemampuan dan kita tidak akan berpindah melebihi 70 km contohnya, di masa hadapan, adalah amat sesuai kita membuat pelaburan. Ada banyak lagi isu yang kita perlu fikirkan. Rujuk kepada buku Kaya Dengan Rumah.

Akan tetapi rumah  pertama yang bagus untuk dibeli adalah rumah perlaburan dan bukannya rumah indaman. Saya menyarankan seramai yang mungkin individu yang bergelar lelaki dan juga perempuan bagi memiliki telaga emas dengan memiliki rumah perlaburan.

Jika ketika ini kita tidak ada duit bagi membayar duit muka dan kos peguam, gunakan peluang untuk menyewa terlebih dahulu. Sebaiknya bagi individu yang masih bujang, beli sebuah rumah perlaburan, sewakan sebahagian bilik dan pastikan anda dapat menjelaskan ansuran rumah bulanan dengan mengenakan sewa ke atas setiap kawan anda yang lain yang tinggal menyewa di rumah anda itu.  Ini bermaksud, anda tinggal di rumah anda itu secara percuma.

Itu adalah maklumat secara ringkas yang saya dapat sediakan. Kepada saudara yang sarankan bagi memahami setiap bab yang dimaksudkan di dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tetapi Kaya terlebih dahulu. Jika sudah membacanya saudara boleh memiliki buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah.

Emel : info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

2 comments on “Antara Beli Dan Sewa Rumah”

  1. Roslan Reply

    Tuan Sham, Memang tak dinafikan bakal isteri atau bakal bapa/emak mertua lebih tertarik kepada bakal suami yang mempunyai rumah atau tanah. Benarkah pada pandangan bakal isteri dan bakal bapa/emak mertua kita bijak berfikir untuk masa depan?

    Boleh jadi sebahagiannya berfikir begitu tetapi tidakkah kita terfikir adakah ia memilih kita kerana suka kita atau kerana harta kita? Lebih-lebih lagi di zaman sekarang orang lebih memandang harta. Sebab itu dulu-dulu bakal bapa mertua bila memilih bakal menantu, dia akan bersalam dengan bakal menantunya. Jika terasa tangannya kasar dan keras dia akan pilih sebaliknya jika tangan bakal menantunya lembut dia tolak.

    Tangan yang kasar menunjukkan bakal menantunya seorang yang kuat dan rajin bekerja. Itu dulu…!Sekarang bapa mertua cari tangan bakal menantu yang lembut-lembut kerana ini menunjukkan dia seorang yang kerja di dalam bilik berhawa dingin yang menggunakan pen dan kertas bukannya batang cangkul. “Zaman dan berubah dunia dah maju” (bukan BHarian je dah berubah).

    Pengalaman saya sewaktu mahu beristeri dulu memang saya tak beli harta walaupun mampu. Tujuan saya ialah nak isteri saya rasa susah dulu dan nak pastikan ia suka saya atau harta saya. Tahun pertama pergi kerja naik motor sama, berhujan dan berpanas sama-sama. Al-Hamdulillah isteri tak merungut. Bila sudah nak dapat anak barulah saya beli kereta untuk jaga keselamatan anak dalam kandungan.

    Al-hamdulillah berkat kesabaran isteri menghadapi dugaan kini kami dikurniakan oleh Allah rezeki yang luas. Hidup aman damai bersama 5 orang cahaya mata. AlHamdulillah.(sekadar berkongsi pengalaman) Terima Kasih.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Saudara Roslan, saya bersetuju bahawa sebahagian bakal isteri dan ibubapa ‘tergila’ akan harta kita tetapi bukan ‘diri’ kita sendiri. Sebaiknya harta kita seperti rumah yang dibeli itu tidak dimaklumkan sebelum berkahwin bagi mengelakkan terpilih isteri yang mata duitan. Biarkan isteri yang baru kita kahwini ini tahu selepas kita berkahwin. Mereka akan kagum selepas mengetahui, kerana ia juga menunjukkan sebahagian daripada cara lelaki berfikir.

    walau bagaimanapun kaedah yang Saudara Roslan gunakan itu juga amat-amat terbaik untuk dilaksanakan oleh lelaki-lelaki yang belum berkahwin. Ia dapat melatih isteri kita erti kesusahan dan juga dapat mengenali hati budinya secara jelas. Saya juga ada bertemu lelaki yang ‘berlakon’ seperti saudara, dia lakukan ketika memilih calon isteri, banyak perempuan menolak dia kerana ketika datang melihat, beliau datang memandu kereta toyota KE 30 milik ayahnya yang berusia 25 tahun.

    Alhamdulilah Allah telah menjodohkan saudara dengan seorang wanita yang mulia dan dari jenis yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Semoga lebih ramai lagi wanita memiliki sifat seperti itu di atas muka bumi ini, Insyaa-Allah bertambah aman lagi fikiran kebanyakan lelaki.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *