Assalamualaikum Encik Shamsuddin Kadir.
Pagi ini ketika saya dan isteri sibuk membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tiba-tiba anak saya menjerit `ayah orang curi duit ibu‘. Rupanya ada seorang lelaki umur dalam lingkungan empat puluhan sedang membuka beg isteri saya dan bila mendengar anak saya menjerit lelaki tersebut memulangkan wang tersebut dan memohon maaf.
Disebabkan memohon maaf, saya tak jadi hendak marah lalu saya bertanya kepadanya “kenapa pakcik buat perkara terkutuk ini, pakcik tak ada kerja ke?”.
Beliau pun memberitahu beliau hanya bekerja sebagai pemandu, keadaannya amat terdesak sekarang ini. Sedih sungguh saya melihat pakcik tersebut, ialah kalau beliau ada ilmu kewangan dan ilmu agama, tentu tidak terlintas pun di fikirannya untuk buat kerja terkutuk itu.
Buku Tuan `Hidup Tenang Walaupun Berhutang‘ Harus dan Elok dibaca oleh semua yang baru memulakan langkah ke era pekerjaan, supaya semua mempunyai kesedaran tentang bahayanya berhutang, dan agar semua mempunyai semangat untuk mungumpul dan menjana wang demi kesejahteraan hidup dan demi membantu ibu bapa agar tiada lagi ayah-ayah yang sanggup merompak dan mencuri dan tiada lagi kisah-kisah sedih dalam Program Bersamamu di TV3.
Buku tersebut seperti panduan kepada kita sebab-sebab mengapa kita tidak digalakkan berhutang dan sebab-sebab mengapa kita perlu ada wang tabungan.
Saya dah semakin bersemangat untuk mendalami lagi ilmu kewangan, ilmu yang saya kurang ariff.
Muhammad Dasli Bin Abdullah
——————————–
Waalaikummusalam, Saudara Muhammad Dasli,
Pertama-tamanya saya merakamkan terima kasih kepada Saudara Muhammad Dasli di atas maklumat yang bermanfaat itu, semoga ianya juga menjadi sebahagian daripada amalan baik di bawa ke dunia abadi iaitu Akhirat.
Apabila hidup kita dalam keadaan terdesak, amanah yang diberikan oleh Allah, majikan, ibubapa… boleh tergugat akibat kesilapan ataupun kelemahan sebahagian daripada kita menguruskan dan mencelikkan kita dengan ilmu kewangan.
Saya bersetuju sangat dengan saudara Dasli, bahawa keperluan bagi menjaga amanah diri perlu ada ilmu agama dan ilmu kewangan supaya kita tidak dibebani dengan kisah seperti di atas.
Di sini saya juga ingin mencadangkan kepada saudara/i, jika sudi bagi mengembangkan ilmu-ilmu kewangan yang kita kongsikan bersama di halaman ini dengan memaklumkan kepada saudara mara, sahabat, jiran, rakan sekerja ataupun ‘stranger’ yang kita ucapkan salam di mana sahaja kita berada. Semoga usaha kita bagi meningkatkan ilmu yang ada pada orang lain itu di terima oleh Allah sebagai timbangan amalan yang membawa kita ke Syurga yang kekal abadi selama-lamanya.
Membina Dimensi Sebenar!
8 comments on “Amanah Tergugat Apabila Terdesak”