Kad Kredit: Kadar Faedah Rendah Jika Bayar Ikut Jadual

Mulai 1  Julai 2008, bank akan mengenakan kadar faedah yang berbeza bagi penguna kad kredit yang belum menjelaskan hutang mereka.

Ianya berdasarkan pelaksanaan sistem yang ditetapkan oleh Bank Negara pada Julai tahun lalu, iaitu pelaksanaan sistem penentuan kadar tiga peringkat bermula pada 1 julai 2008.

Kategori Pertama :

Pemilik kad kredit yang mempunyai rekod pembayaran balik mengikut jadual hanya dikenakan 15% kadar faedah bagi setiap baki hutang kad kredit. Bagi pemegang kad kredit yang membayar sekurang-kurangnya bayaran minimun daripada hutang mereka mengikut jadual secara konsisten selama 12 bulan yang lalu dikenakan 15% iaitu 3% lebih murah daripada kadar standard.

Kategori Kedua :

Pemegang kad kredit yang mempunyai rekod 2 kali lewat membayar ansuran bulanan sepanjang 12 bulan yang lalu akan dikenakan caj 17%.

Kategori ketiga :

Pemegang kad kredit yang ada rekod pembayaran lambat melebihi 2 kali sepanjang 12 bulan yang lalu, dikenakan caj pada kadar maksimun iaitu 18%.

Saya amat mengalu-alukan langkah Bank Negara itu walaupun ianya belum yang terbaik, tetapi ianya adalah langkah pertama bagi menggalakkan pemegang kad kredit menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih baik.

“Perjalanan seribu tahun bermula dengan langkah pertama”

Kaedah ini adalah praktikal bagi dilaksanakan kepada pemegang kad kredit yang belum menangung hutang tertunggak.  Saya mencadangkan agar Bank Negara merangka dasar baru yang lebih membantu para pemegang kad kredit yang sedang menangung bebanan hutang kad kredit. Ya pemegang yang  sudah tidak mampu bagi menjelaskan akibat jumlah hutang yang besar dan di tambah kadar 18% setahun yang terus meningkatkan jumlah hutang tertunggak.

Saya mencadangkan agar Bank Negara dalam mengeluarkan arahan bagi membenarkan pemegang kad kredit yang ada hutang kad kredit sebelum 1 Julai 2008 bagi menukarkan hutang mereka itu kepada pinjaman berjangka ‘term loan’. Di mana kadar caj yang dikenakan mestilah tidak lebih daripada 10%. Ini bagi membantu pemegang kad kredit yang sudah tidak mahu mengunakan kad kredit lagi dalam hidup mereka.

Bagi pemegang kad kredit yang baru mahu berjinak untuk berhutang dengan kad kredit, nasihat saya jangan. Ianya ibarat api, kecil-kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Kita dibebani dengan 1001 masalah di hari muka.

Saya menyarankan agar memilih kad debit yang ada simbol visa ataupun mastercard sebagai alternatif, jika tidak ingin membawa duit yang banyak di dalam poket.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

3 comments on “Kad Kredit: Kadar Faedah Rendah Jika Bayar Ikut Jadual”

  1. Dasli Reply

    Assalamualaikum Tuan Shamsuddin.

    Saya pernah ditegur oleh salah seorang staff saya `Boss jangan suka sangat guna kad kredit tu, nanti gaji Boss sama dengan gaji saya pula’ katanya sambil ketawa. Katanya lagi kalau tak percaya cuba buka Blog Shamsuddin Kadir atau nanti saya pinjamkan boss buku `Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.

    Memang ada logiknya teguran beliau itu, orang seperti saya yang baru 2 tahun bertugas jika tidak berhati-hati berbelanja sudah tentu akan terlibat dengan hutang yang tak tertanggung.

    Terima kasih Tuan Shamsuddin Kadir kerana buku tuan mudah difahami dan menyedarkan kami semua tentang bahayanya hutang. Sebagai hamba ALLAH kita wajib ingat mengingati. Terima kasih juga kepada staff saya K.Tina di atas teguran tersebut.

    Terima kasih sekali lagi.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Saudara Dasli,

    Terima kasih di atas sokongan saudara. Saya amat mengalukan sebarang pandangan daripada saudara sepanjang masa.

  3. strawberry Reply

    Salam encik.

    Saya nak kahwin, hendak pinjam kat bank. tapi bank tak bagi coz saya clean. Tidak pernah buat pinjaman. so saya cadang nak ambil kredit kad untuk approve yang saya ada track record baik untuk buat pinjaman. atau saya bercadang ambil kereta baru. encik ada apa2 cadangan?

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *