Apabila keinginan ibubapa sewaktu kecil tidak tercapai, mereka berusaha bagi mendapatkan lebih banyak duit bagi memastikan mereka dapat memenuhi setiap impian anak-anak mereka. Bagi mereka semua keinginan anak-anak perlu dipenuhi bagi menjadikan anak-anak itu kasih kepada mereka dan juga bergerak mengikut perubahan zaman.
Saya amat sedih apabila melihat ada ibubapa yang sanggup hidup di dalam kesusahan iaitu memakai pakaian sampai lusuh dan juga memakai handphone terpakai, semata memuaskan impian anak-anak. Ibubapa sanggup melengkapi anak-anak dengan handphone yang ada pelbagai fasiliti dan juga mesin permainan yang terkini. Bagi mereka anak-anak perlu dilengkapkan dengan keperluan terkini seperti IT bagi memastikan mereka bergerak sebaris dengan orang yang ‘pandai’.
Saya juga sedih apabila ada ibubapa yang memaksa dan memastikan anaknya pergi tuisyen bagi semua matapelajaran, sehingga waktu terluang yang anak-anak ada terlalu sedikit. Semata-mata untuk melihat anak-anak mereka mendapat 5A ketika UPSR, ataupun 8A di peringkat PMR dan 10A1 di peringkat SPM.
Saya amat berharap ibubapa yang termasuk di dalam kedua-dua kategori ini telah mengkaji dan menganalisa dengan terperinci kesan yang telah berlaku dan sedang berlaku akibat tindakan ibubapa yang mendidik anak dengan cara di atas.
Mengikut kajian yang dibuat oleh saya sendiri, kedua-dua cara di atas menyebabkan sebahagian besar ibubapa terpaksa menangung kos yang tinggi dan mengakibatkan mereka tidak mencapai sasaran yang sebenar. Anak yang didedah dengan pelbagai hiburan (mainan) dan kemudahan tidak menjadikan mereka berdikari dan juga mengetahui nilai sebenar setiap ringgit yang kita belanjakan kepada mereka. Berapa ramai pelajar-pelajar yang telah mendapat semua A dalam semua mata pelajaran telah menjadi orang hebat pada hari ini. Malaysia telah merdeka sejak 50 tahun yang lalu, belum seorang pun yang berjaya mendapat semua A dalam pelajaran menjadi orang yang terkaya di Malaysia.
Lihat Bill Gates orang yang terkaya di dunia, apakah ciri yang ada pada beliau?
Lebih baik kita belajar daripada kesilapan yang dibuat oleh orang lain, daripada belajar daripada kesilapan yang dibuat oleh diri sendiri. Sebelum kita ingin mempratikkan sesuatu, tengok hasil yang dikecapi oleh orang yang terdahulu daripada kita. Di situ kita boleh menjangkakan apa yang berlaku jika kita mengunakan konsep di atas di dalam mendidik anak.
Membina Dimensi Sebenar!