Sewaktu menjayakan kursus dengan peserta dari FRIM pada hari Sabtu yang lalu, saya diajukan soalan bertubi-tubi tentang bagaimana untuk mengelakkan daripada penjual?
Ya, jurujual yang sentiasa menghampiri kita sewaktu berada di pasaraya ataupun di kawasan letak kereta dan juga di rumah.
-
Apabila gas untuk memasak kita habis, adakah kita menunggu sehingga jurujual ‘salesmen’ datang membawa gas? Ataupun kita terus menelefon penjual gas supaya menghantarkannya sekarang.
-
Apabila beras habis, adakah kita menunggu sehingga jurujual datang bagi membeli beras daripadanya? Sudah semestinya kita terus mendapatkan beras di kedai yang berhampiran atau di pasaraya.
-
Apabila tisu di rumah kita habis adakah kita keluar mendapatkannya sekarang ataupun hanya membelinya apabila ada keluar ke kedai.
Di sini kita dapat melihat, kita tidak dapat menunggu apabila barangan keperluan habis. Kita perlu mendapatkan seberapa segera. Tetapi apabila tisu habis kita tidak akan dengan serta merta mendapatkannya di kedai.
Jurujual yang datang kepada kita ingin mempromosikan produk yang tidak termasuk di dalam senarai keperluan kita. Jika barangan itu termasuk dalam keperluan, kita tidak akan tunggu sehingga jurujaual datang, kita terus mendapatkannya di kedai.
Oleh itu perkara terbaik yang boleh kita lakukan adalah dengan mengucapkan terima kasih kepada jurujual tersebut dan terus beredar daripada tempat tersebut. Apa yang berlaku jika kita terus melayan jurujual? Saudara/i sudah arif akan akibatnya, iaitu kita balik dengan membeli produk ataupun perkhidmatan tersebut.
Jurujual telah dilatih dan mempunyai keupayaan bagi menukarkan perkataan tidak mahu ataupun ‘NO’ kepada mahu ataupun ‘YES’.
Itu sebab apabila kita ingin memasuki pasaraya, pastikan kita membawa senarai. Kita hanya membeli apa yang telah kita muktamadkan berdasarkan senarai yang kita buat terlebih dahulu.
Elakkan juga terpedaya dengan ‘Lambang’lambang Diskaun’.
Membina Dimensi Sebenar!
2 comments on “Elak Dari Belanja Yang Tidak Perlu”