Diari SK: Rakaman Motivasi Pagi Dengan TV3

Insyaa-Allah saya akan membuat rakaman kali ketiga dengan TV3 bagi dua lagi segmen pada pagi esok di Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor. Terima kasih kepada Tuan Mohd Fasil yang menjemput saya lagi bagi menjayakan Motivasi Kewangan ini. Insyaa-Allah, jika rakaman berjalan lancar ianya akan ditayangkan mulai bulan Oktober nanti. Tajuk untuk kali ini adalah

  • Antara Keperluan dan Kehendak
  • Menanguh Kepuasan

p6240266.JPG

Bagi empat segmen motivasi pagi yang sudah siap, akan mula ditayangkan d

6 comments on “Diari SK: Rakaman Motivasi Pagi Dengan TV3”

  1. Rafidah Reply

    Assalamualaikum Tn.

    Diharapkan sentiasa dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

    Sudah lama rasanya tidak menjengah ke blog ini. Banyak informasi berguna yang dipaparkan di sini dan ada diantaranya seperti terkena kepada diri sendiri:)

    Tahniah buat Tuan kerana memperluaskan langkah untuk memberikan didikan kepada masyarakat tentang mengurus perbelanjaan di dalam kehidupan seharian.

    Melihat keadaan ekonomi sekarang rasanya setiap dari kita perlu bijak dalam menentukan soal kewangan keluarga. Perlu tahu membezakan antara keperluan dan kehendak. Perlu tahu juga membezakan antara yang penting dan yang terpenting.

    Penabungan perlu diamalkan oleh setiap dari kita. Bak kata pepatah “sikit-sikit lama-lama menjadi bukit”. Jangan pula bila sudah menjadi bukit mudah pula menarahnya:)

    Kebijaksanaan menguruskan kewangan terletak kepada diri sendiri. Susah senang ditanggung sendiri. Tahniah sekali lagi Tuan!

  2. Maizul Reply

    Tahniah buat En. Shamsuddin. Saya tak nak ketinggalan jugak nak tonton rancangan ni. Mesti banyak ilmu yang di kongsikan bersama.

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Puan Rafidah,

    Terima kasih di atas sokongan yang berterusan.

    Saya amat sukakan kata-kata Puan. Secara kesimpulan benarlah kata Puan bahawa “Kebijaksanaan menguruskan kewangan terletak pada diri sendiri”. Apa yang saya hendak tambah adalah, kita berkuasa bagi menentukan tahap kebijaksanaan dengan membaca dan memahirkan diri dengan ilmu kewangan.

  4. Faizul Tendong Reply

    Tahniah, Tahniah, Tahniah, nampaknya sdr. dah jadi celebrity TV skrg ni…

  5. Shamsuddin Kadir Reply

    Terima kasih saudara Faizul di atas sokongan. Mohon maaf jika bahasa yang digunakan kurang sesuai. Insyaa-Allah saya akan baiki di dalam segmen yang akan datang.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *