Diari SK : Muncul Di Ruangan Motivasi Pagi TV3

Insyaa-Allah mulai 3 Ogos iaitu pukul 7 pagi ahad saya akan ke udara dalam Motivasi Pagi buat julung kalinya di TV3. Saudara/i dijemput dan dialu-alukan bagi memberikan maklum balas berkenaan dengan segmen Motivasi Kewangan. Insyaa-Allah jika program ini mendapatkan maklum balas yang baik, ianya akan diteruskan di masa hadapan. Mohon maaf jika bahasa yang digunakan itu ada yang membuatkan hati di antara penonton yang terguris. Tiada niat saya untuk menyakiti, tujuannya semata-mata bagi memberi peringatan kepada kita semua. 

tv3_clr.jpgLogo TV3 ini di salin dari halaman rakan trainer Tuan Fadzli Yusof. Beliau juga yang memberi sokongan  di atas kapasiti beliau sebagai setiausaha TAMRIN kepada Tuan Fasil (TV3).

Saya akan muncul dalam siri MOTIVASI PAGI TV3 seperti berikut:

1. 03/08/2008  – Mengurus Hutang

2. 10/08/2008 – Mengurus Perbelanjaan

3. 23/08/2008 – Minat Menabung

4. 30/08/2008 – Merancang Sara Hari Tua

5. 19/10/2008 – Antara Keperluan & Kehendak

Gambar di atas dan sebahagian informasi di salin dari halaman SifuPTS.

Saya mengalu-alukan sebarang komen, sokongan, pandangan yang berkemungkinan besar saya akan ajukan kepada Tuan Penerbit TV3.

8 comments on “Diari SK : Muncul Di Ruangan Motivasi Pagi TV3”

  1. Pokdee Reply

    Salam untuk saudara Din dan Keluarga,moga-moga dalam rahmat dan perlindungan Allah S.W.T selalu.

    Saya teruja untuk untuk menonton motivasi pagi selepas dapat email awak (thanks).

    Alhamdulillah ,suatu permulaan yang baik dan mengesankan untuk pendengar. Cuma pandangan saya kalau boleh jangan laju sangat dan kurangkan pengggunaan bahasa rojak (penggunaan ‘right’di akhir ayat) dalam penyampaian.

    Salam dari sahabat lama…

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam saudara Pokdee, terima kasih di atas pandangan yang diberikan. Insyaa-Allah saya akan tingkatkan.

    Lepas menonton sendiri, dapat lihat banyak kelemahan yang perlu ditingkatkan.

  3. kart Reply

    Assalamualaikum Sham.

    Bagus motivasi tu. Dapat memberi kesedaran dan kesan yang mendalam kepada pendengar & penonton tentang kebaikan dan keburukan berhutang.

    Keinsafan timbul dalam diri saya bila mendengar motivasi tu. Dah takut untuk memulakan lagi hutang yang tak menentu. Saya suka cara Sham menekankan beberapa kali hutang yang akan membawa kepada kemiskinan. Semoga keinsafan timbul kepada semua pendengar.

    Tahniah Sham.

  4. Ainnur Reply

    Salam Tuan Sham,

    Motivasi mengurus hutang memang saya nanti-nantikan selama ini. Terasa bertuah betul dapat menontonnya di pagi tersebut. Ia memang memberi kesan yang mendalam kepada para pendengar terutama saya.

    Syabas Tuan Sham.

  5. shamina Reply

    Salam Tuan Sham.

    Motivasi seperti ini memang bagus untuk penonton semua. Masanya terlalu pendek sangat, kalaulah dipanjangkan sedikit masa tersebut lagi bagus. Lebih banyak lagi tips-tips dan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Tuan Sham dapat dipelajari. Saya bersetuju, memang ia memberi kesan yang mendalam kepada pendengar, perasaan takut untuk berhutang timbul. Tahniah Tuan.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *