Di sebalik Kemudahan Handphone

Pernah ke kita membuat bedah siasat senarai alat berkomunikasi yang kita ada? Cuba kita senaraikan.

1. Handphone Nokia Model … (diri sendiri)

2. Handphone Sony Ericsson Model … (Pasangan)

3. Telefon Rumah

4. Mesin Fak

5. Komputer dengan talian streamyz ataupun wireless broadband

6.  ….. dan seterusnya

Sudahkah kita membuat bedah siasat tentang kos yang kita perlu tanggung dengan mengekalkan perhubungan dengan pasangan, anak-anak, ibubapa, adik-beradik, saudara mara, sahabat handai dan rakan sekerja ?

  • Adakah kita mendapat penajaan handphone dan talian oleh syarikat ? Jika ya, adakah kita mengunakan handphone kedua ? Jika ya, apakah sebab kita memerlukan menangung kos kedua. Sebuah handphone, sewa talian dan kos pengunaan? Lihat rasionalnya kenapa anda perlu menangung kos telefon kedua.

  • Adakah kita mengunakan postpaid ataupun prepaid bagi talian handphone kita ?

  • Adakah pasangan dan anak-anak kita dibekalkan dengan handphone ?

  • Adakah kita juga mempunyai talian tetap di rumah?

Persoalan utama, adakah kita menilai akan rasionalnya bagi setiap kos yang menjadi sebahagian daripada tangunggan kita.

Sudahkah kita tahu dan sudah menilai keperluan sebenar kita. Kebanyakan individu menangung bebanan bil ataupun kos komunikasi yang melebihi daripada yang sepatutnya ditanggungnya.

Contohnya :

  • Bagi individu yang ada talian tetap dan selalu menghubungi ibubapa yang berada jauh beratus-ratus kilometer, sudahkah kita melanggan pakej seperti Pelan Merdeka, ataupun pakej 68 yang memberikan kita bercakap 24 jam sehari dengan ibubapa kita dengan caj hanya RM 48 sebulan. Ataupun 2 jam bercakap untuk setiap bulan dengan kadar yang melebihi 50% lebih murah. Waw itu hanya sebahagian kecil penjimatan yang boleh kita capai.

  • Bagi yang ada menyediakan talian handphone kepada pasangan dan anak-anak, satu pelan yang di antara terbaik adalah dengan mengunakan pelan 1 + 3 oleh Celcom di mana anda atau pasangan atau anak-anak dapat berbual 24 jam dengan mereka dengan hanya RM5 sebulan kos bagi mengekalkan talian kedua, ketiga dan keempat.  Pelan ini juga sesuai bag individu yang hanya perlu berhubung dengan pasangannya. Kerana ianya lebih jimat daripada mengunakan talian prepaid dan postpaid biasa.

  • Sebahagian daripada alat komunikasi yang bagus dioptimunkan apabila kita memiliki komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet. Kenapa kita tidak mengunakan emel bagi sebahagian daripada maklumat yang tidak memerlukan kita bercakap? Sedangkan kita sudah membayar sewa bulanan untuk mengakses internet.

Di atas hanya sekadar daripada peluang dan cara bagaimana kita dapat memastikan kita tidak membayar lebih. Setiap RM1 itu amat bermakna kepada kita.

Saya mengalu-alukan lebih banyak pandangan  tentang isu ini, supaya ianya dapat memfaatkan kita bagi mengurangkan lagi kos-kos yang tidak perlu dan juga mengurangkan kos ke tahap minimun.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *