Aturkan Perjalanan Sebelum Keluar Rumah

Satu daripada cara bagi mengelakkan kita berbelanja di luar kemampuan adalah dengan menetapkan destinasi ingin dituju sebelum masuk ke dalam kenderaan.

Ini bagi mengelakkan kita daripada menghabiskan minyak dengan bergerak terlebih dahulu tanpa ada tujuan yang sebenar. Contohnya, jika anda tinggal di Shah Alam, anda memandu kereta anda sejauh 10km menghala ke Kuala Lumpur dan tiba-tiba anda baru mendapat ilham bahawa anda mahu ke Klang. Secara sengajanya anda terpaksa menangung kos 20km (10km yang telah anda lalui di tambah dengan 10km untuk berpatah balik) iaitu kos yang tidak perlu.

Sebolehnya kita rancangkan perjalanan utama kita untuk setiap bulan. Ini bagi memastikan kita dapat melakukan sebanyak aktiviti setiap kali kita ke tempat berkenaan. Contohnya jika anda telah menempah ink filem bagi mesin faksimili anda dan stoknya hanya dapat diambil di kedai tersebut pada hari Isnin. Manakala anda juga diberitahu bahawa kad bisnes anda juga sudah siap pada hari sabtu, di mana kedua -dua kedai itu terletak di arah yang sama dari pejabat ataupun rumah anda. Jarak tempat anda berada dengan kedua-dua kedai itu adalah lebih kurang 14 km. Kita ada dua pilihan iaitu mengambil kad bisnes pada hari sabtu dan datang kembali  pada hari Isnin di kawasan yang hampir sama bagi mengambil ink filem bagi mesin fak.

Ataupun kita boleh menunda pengambilan bisnes kad yang siap pada hari sabtu kepada hari isnin. Di mana pada hari isnin kita dapat menjimatkan masa dan juga kos petrol kita dan juga caj letak kereta, dan toll (jika ada) dan… banyak kos sampingan yang nampak kecil terpaksa kita terpaksa bayar jika tidak mengaturkan perjalanan.

Perkara yang sama juga berlaku apabila kita tidak menyenaraikan barangan yang diperlukan dengan terperinci, menyebabkan kita perlu berulang-alik ke kedai ataupun pasaraya beberapa kali kerana gula habis, beras habis, lampin pakai buang habis dan sebagainya.

Ini adalah di antara perbelanjaan petrol yang kurang diberi perhatian. Bagi individu yang tinggal di bandar besar, anda perlu membayar tol, caj letak kereta hampir setiap perjalanan yang anda tetapkan.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *