Surat Terbuka Untuk Kerajaan – Kenaikan Harga Minyak

15 Jun 2008 

Kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Pengarah, atau Pegawai

(Yang ada kuasa bagi mencadangkan dan mengimplementasi kaedah bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan minyak petrol dan diesel)

Yg. Bhg. Dato, Tuan / Puan,

PENYELESAIAN BAGI MENGHADAPI IMPAK KENAIKAN MINYAK

Pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan yang memberikan insentif kepada rakyat, termasuk duit tunai sebanyak RM625 bagi setiap rakyat yang memiliki kereta di bawah 2000cc ke bawah. Insentif ini sudah pasti meringankan sedikit bebanan walaupun ianya tidak dapat menangung sepenuhnya kesan daripada kenaikan harga petrol tersebut.

Saya di sini ingin mencadangkan kepada kerajaan bagi mengambil langkah di bawah supaya masalah utama kenaikan minyak itu sudah tidak lagi menghantui sebahagian daripada rakyat yang kini sedang tersempit.

Saya mencadangkan agar kerajaan mengarahkan semua bank dan institusi kewangan yang  membiayai pembelian kereta oleh rakyat untuk menawarkan kontrak tambahan ataupun ‘supplement contract’.

Kontrak tambahan ini di gunakan bagi memastikan bank akan membiayai pemasangan NGV di kereta setiap rakyat yang tidak ada duit bagi membuat pemasangan tersebut.

Pemilik kereta hanya perlu menandatangani kontrak tambahan ini dengan bank dan bayaran balik secara ansuran bulanan kepada bank akan di satukan dengan ansuran bulanan kereta. Sebagai contohnya, Jika sebelum ini En. Ahmad membayar ansuran bagi kereta Proton Wajanya sebanyak RM650 sebulan, kini beliau perlu membayar RM 720. Peningkatan sebanyak RM 70 sudah pasti tidak membebankan pemilik kereta, kerana ianya membantu setiap rakyat yang bermasalah berjimat ratusan ringgit setiap bulan akibat mengunakan Gas yang murah berbanding harga lama ataupun harga baru petrol.

Jika langkah ini di ambil oleh kerajaan sudah pasti rakyat bukan sahaja terlepas daripada dibebani dengan kenaikan harga petrol tersebut, malah boleh menyimpan lebih banyak duit bagi bekalan mereka ketika waktu bersara nanti.

Cadangan ini tidak memerlukan kerajaan membelanjakan lebih banyak duit untuk rakyat tetapi dapat memberikan kesan yang lebih baik berbanding insentif yang disediakan pada ketika ini. Apa yang diperlukan adalah sepucuk surat daripada Bank Negara bagi mengarahkan semua bank yang menyediakan pembiayaan pembelian kereta, bagi memasukkan kontrak tambahan bagi pemilik kereta yang ingin membuat pemasangan NGV.

Saya bersedia untuk membuat penyampaian ‘presentation’ kepada pihak kerajaan secara menyeluruh tentang cadangan ini jika diperlukan.

Semoga pihak kerajaan dapat menimbangkannya dengan sebaik mungkin , kerana ianya amat memberikan kesan yang maksima kepada rakyat.

Sekian, terima kasih

Yang Ikhlas,

 

Shamsuddin Abdul Kadir

Pengurus

Ultra Mind Resources

No. 13C, Tingkat 3, Blok 1,

Worldwide Business Park

40150 Shah Alam, Selangor

www.shamsuddinkadir.com

……………………………….

Kepada para pelawat dan pembaca blog ini,

Saya amat-amat mengalu-alukan sebarang usaha bagi menyampaikan mesej ini kepada pihak berkuasa dalam mencari kaedah terbaik membantu rakyat yang ingin memasang NGV tetapi tiada duit yang mencukupi. Ingatlah usaha burung Pipit yang mencuba memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Allah tidak memberikan pembalasan berdasarkan hasil yang kita kecapi tetapi di atas setiap usaha yang kita lakukan walaupun ianya gagal mencapai matlamat yang kita inginkan. Itu satu dari kemulian dan kesucian Agama Islam. Kita tidak memerlukan kejayaan untuk mencapai kenikmatan, apa yang kita perlukan usaha yang berterusan ke arah kejayaan. Kejayaan hakiki adalah timbunan usaha yang iklas kerana Allah yang kita lakukan semasa di dunia ini.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

11 comments on “Surat Terbuka Untuk Kerajaan – Kenaikan Harga Minyak”

  1. Mohd Zamri Reply

    Askum Tuan,
    Dari sudut penggunaan NGV sebagai sumber alternatif mengantikan petrol, adakah tuan memikirkan kos2 pemasangan dan pengagihan ngv di seluruh negara?.
    Dari sudut antarabangsa, setakat ini, adakah sistem penggunaan ngv telah meluas digunakan di negara2 luar?
    Setakat ini, terdapat bayk alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan petrol seperti hybrid car, solar dsb.
    Adakah isu ini mempunyai impak kepada petronas sekiranya ngv digunakan secara meluas? disebabkan oleh pengunaan petrol dikurangkan.

    Mungkin kita boleh berkongsi pendapat mengenai isu ini dari aspek ekonomi.

    -zamri-

  2. Mohd Zamri Reply

    Askum Tuan,
    Saya ingin bertanya, adakah tuan mempunyai pengalaman di dalam membuat pengurusan kewangan dengan menggunaan sistem OD dan credit card?
    Saya difahamkan, menerusi 2 sistem ini, ianya dapat membantu peminjam meminjamkan wang tanpa terlibat dengan pembayaran interest.
    Harap Tuan dapat membantu.

    Mohd Zamri

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Saudara Mohd Zamri.

    Terima kasih di atas pandangan yang diberikan.

    “Dari sudut penggunaan NGV sebagai sumber alternatif mengantikan petrol, adakah tuan memikirkan kos2 pemasangan dan pengagihan ngv di seluruh negara?.”

    Kos itu dapat ditanggung mengunakan duit yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk subsidi minyak sebelum ini. Ianya hanya untuk sementara waktu, kerana kos pemasangan stesyen NGV akan dibiayai dengan cepat dengan peningkatan jualan yang amat besar.

    Keuntungan yang besar berdasarkan permintaan yang sedia ada memastikan pelabur yakni pemilik stesyen mendapat kembali modalnya dengan cepat.

    “Dari sudut antarabangsa, setakat ini, adakah sistem penggunaan ngv telah meluas digunakan di negara2 luar?”

    Dari sudut antarabangsa saya belum berkesempatan untuk mengkajinya. Mungkin saudara boleh kongsikan jika saudara sudah mempunyai informasi tersebut.

    “Setakat ini, terdapat bayk alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan petrol seperti hybrid car, solar dsb.”

    Ya, sehingga ke hari ini, pelbagai alternatif yang kita boleh pilih. Cuma fokus saya ketika ini adalah kepada pengunaan NGV sebagai salah satu daripada alternatif yang saya memikirkan amat murah dan dapat dilaksanakan serta merta kepada pemilik-pemilik kereta yang mengunakan petrol sebagai bahan bakar. Pengunaan kereta hybrid adalah salah satu yang kerajaan perlu fokus bagi memastikan syarikat automobil dapat mengimport kereta berkenaan untuk di jual di dalam negara.

    “Adakah isu ini mempunyai impak kepada petronas sekiranya ngv digunakan secara meluas? disebabkan oleh pengunaan petrol dikurangkan.”

    Syarikat petroleum dapat mengeksportkan sebahagian besar daripada pengeluaran dan dapat meraih keuntungan yang lebih besar berdasarkan harga semasa yang tinggi. Pelangan utama petronas adalah pasaran industri dunia dan bukannya pengguna individu tempatan.

    Kerajaan tidak perlu lagi menanggung kos subsidi petrol dengan mengunakan sebahagian besar daripada perolehan syarikat petroleum. Kerana sebahagian besar rakyat tidak akan lagi mengunakan petrol jika diberi kemudahan mengunakan NGV di seluruh negara. Kita sudah nyata akan penjimatan yang berlipat kali ganda berbanding pengunaan petrol.

    Penggunaan NGV dapat menjanakan pendapatan pengantian kepada pemilik stesyen dan syarikat petroleum yang menyediakan gas tersebut.

    Kos bahan bakar bagi kenderaan sudah pasti menurunkan kos sara hidup setiap keluarga. Jika pengangkutan awam juga mengunakan NGV, sudah pasti kos barangan juga dapat dijual dengan harga yang lebih murah.

    Saudara Mohd Zamri, ini adalah pandangan saya bagi perbincangan kita berkenaan pertanyaan saudara itu. Saya amat berterima kasih di atas kesudian saudara bagi memperincikan isu ini, agar ianya memberikan kita satu dimensi baru.

    Di sini juga saya menyarankan agar kerajaan mula membuka peluang bagi rakyat yang ingin mengimport kereta hybrid dengan menawarkan duti import yang istemewa.

    Pada masa yang sama saya juga sedang memikirkan kenapa langkah memperkenalkan NGV ke seluruh negara belum diperkenalkan dengan serius. Adakah kos sebenar NGV lebih mahal daripada Petrol?

    Adakah NGV diperkenalkan bagi membantu teksi bagi mendapatkan harga yang lebih murah berbanding petrol?

  4. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam saudara Mohd Zamri,

    “Saya ingin bertanya, adakah tuan mempunyai pengalaman di dalam membuat pengurusan kewangan dengan menggunaan sistem OD dan credit card?”

    Mohon maaf, saya tidak mempunyai pengalaman berkenaan persoalan di atas. Saya hanya mendengar (cakap-cakap) tentang pengunaan konsep OD dan credit card.

    Saya hanya menumpukan kepada sistem kewangan Islam, yakni sistem tanpa faedah.

  5. Mohd Zamri Reply

    Askun Tuan SK,

    Terima kasih diatas perincian tuan tadi,
    Saya amat tertarik dengan wawancara yang dibuat oleh RTM bersama CEO Petronas Tan Sri Hasan Merican malam tadi.

    Jelaslah daripada wawancara tersebut, kita didedahkan oleh pengerusi petronas itu bahawa kos elektrik, pemasangan, lokasi dan subsidi ngv itu jauh lebih besar daripda subsidi petroleum.

    Walau bagimanapun, pihak kerajaan memberi jaminan harga subsisidi perlu 50% daripada harga petrol. Namun sekiranya ngv digunakan secara meluas, tentu sekaji tekanan subsidi yang dikatakan dibayar RM2.00/ liter oleh Petronas akan dikurangkan dan seterusnya akan dibebankan kepda rakyat ataupun pengguna.

    Mungkin kita perlu dedahkan kepada kerajaan sistem yang digunakan oleh negara-negara seperti Jepun dan Korea yang menggunakan ngv sebagai alternatif menggantikan petrol. Mungkin ianya berkesan memandangkan Petronas memberi alasan kos penukaran stesyen ngv begitu tiggi dan perlu mendapatkan lokasi yang sesuai untuk mendapatkan saluran gas. Walau bagaimanapun, jaminan Petronas untuk menambah kepada 200 stesyen ngv seluruh negara pada tahun 2010 masih tidak mencukupi dan merealisasikan hasrat penggunaan ngv ini.

    -zamri-

  6. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam saudara Mohd Zamri,

    Saya hanya sempat menonton Tan Sri Hasan Merican untuk beberapa minit terakhir sahaja. Nasib baik saudara memaklumkan di sini.

    Sebenarnya saya sudah mendapat maklumat tentang kerajaan memberi subsidi yang banyak kepada penguna NGV. Tetapi saya tidak pasti adakah ianya betul. Apabila melihat di dalam akbar tempatan pada 16 Jun 2008 iaitu sehari selepas penerbitan artikel ini, saya percaya maklumat itu benar.

    Itu adalah sebab kenapa saya meninggalkan tanda tanya di dalam jawapan saya kepada saudara sebelum ini. Saya bersyukur kerana saudara membantu saya merungkaikannya dengan memaklumkan apa yang di maklumkan oleh Tan Sri itu.

    Terima kasih di atas informasi yang amat berguna itu.

    Kepada para pembaca jangan jadi mangsa yang tersepit dari kedua-dua arah. Celik kewangan dan celik ekonomi dapat membantu kita memahami tentang langkah yang perlu kita ambil pada sesuatu masa.

    Mengunakan sebahagian daripada masa menonton bicara bersama Tan Sri itu dapat memberikan 1001 peluang bagi menghadapi arus kehidupan.

  7. abouti Reply

    Salam

    Saya berkesempatan tinggal di beberapa bandar di Pakistan atas urusan kerja. NGV atau di sana Compressed Natural Gas (CNG) digunakan dengan meluas di sana. Sekadar input tambahan.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *