Assalamualaikum Tn Sham…
Setelah sekian lama saya menghadapi dilema kewangan saya… dan setelah saya berusaha mengubah cara hidup saya dan sedikit sebanyak terlalu berharga apa yg saya pelajari mengenai dunia kewangan.
Hari ini saya diuji lagi, dalam saya berusaha menyelamatkan satu satunya harta yang saya ada iaitu rumah saya…akhirnya hari ini rumah saya terlelong dan sudah dipunyai oleh orang lain. Saya tidak kesal sedikit pun atas apa yg berlaku tetapi saya terkilan kerana saya telah berusaha untuk mendapatkannya semula…tetapi apa yg berlaku saya redha… saya sedar ini adalah ujian untuk saya dan keluarga…
Walaupun ada rasa sedih dihati tetapi itulah hakikat yg perlu saya terima…kini apa yang perlu saya lakukan hanya usaha dan terus berusaha memperbaiki kehidupan saya dan anak anak…
Doakanlah agar usaha saya tercapai dan mampu mengubah hidup saya..maaf kalau email memenuhi ruangan inbox tuan Sham..tapi saya tidak mampu meluahkannya di laman blog tuan dan saya tiada tempat untuk bercerita apa yg berlaku..
Faridah Ahmad (Bukan nama sebenar)
Ulasan Sham :
Ya Allah Ya Tuhan yang mencipta dan memiliki sekelian alam, aku memohon kepadaMu agar melimpahi rahmat kepada hambaMu ini yang sedang ditimpa ujian yang amat besar. Semoga beliau terus tabah dan diberi pembalasan yang baik dariMu di atas setiap usaha yang telah beliau lakukan bagi menyelamatkan hartanya itu yang menjadi tempat perlindungan beliau sekeluarga selama ini. Berilah kekuatan kepadanya agar beliau terus bangkit dan mencapai setiap apa yang diidamkan oleh beliau sekeluarga. Bebaskan beliau daripada bebanan hutang dan juga penindasan orang lain terhadapnya. Jadikan beliau sekeluarga orang yang sentiasa mendapat kebaikan yang datang mendadak dan dilindungi daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Ya Allah perkenankanlah doaku ini. Amin.
Saudari, bersabarlah di atas ketentuan Tuhan ini, sebagai seorang Muslim kita tidak perlu bersedih di atas apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Saya yakin dan berdoa agar Allah memberikan pembalasan baik ‘pahala’ di atas setiap usaha yang telah puan lakukan selama ini. Saya berbangga dengan ketabahan Puan meneruskan usaha bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan itu. Insyaa-Allah saya dan rakan lain akan terus bersama dengan Puan meneruskan perjuangan Puan ini. Puan, kita tidak akan gagal selagi kita tidak berhenti mencuba, teruskan berusaha. Kita akan di balas oleh tuhan berdasarkan usaha kita bukannya apa yang kita telah capai.
Kehilangan rumah yang disayangi itu ke tanggan orang lain, dikira gagal oleh ‘barat’ tetapi ianya tetap satu kemenangan bagi orang Islam, kerana setiap usaha yang kita lakukan bagi memastikan ianya tidak terlepas ke tanggan orang lain diberikan balasan oleh Tuhan yang amat pengasih dan penyayang.
Tidak semua wanita yang setabah dengan dengan Puan, sahabat saya Tuan Osman Affan pernah berkata “Tanpa halangan, matlamat itu bukan satu impian”.
Di alu-alukan kata-kata sokongan daripada para pembaca / pelawat blog ini, bagi memberikan sokongan kepada Puan yang di uji dengan sedikit kesusahan ‘sementara ini’.
Membina Dimensi Sebenar!
2 comments on “Surat Pembaca : Sekadar Luahan Rasa”