Mengikut sebuah akhbar tempatan hari ini, Proton mula mengeluarkan kereta berkuasa gas asli (NGV) bagi semua modelnya mulai Oktober ini. Ini adalah satu langkah baik bagi memberikan kemudahan kepada individu yang sedang dalam perancangan untuk membeli kereta ataupun yang ingin mengantikan kereta lama.
Kos pemasangan tangki NGV menjadi lebih murah apabila ianya dipasang terus dari kilang Proton. Harga kereta yang dijual adalah termasuk dengan kos pemasangan NGV, ini sudah pasti meringankan bebanan pengguna baru kereta berkenaan.
Tahniah untuk proton, yang cepat mengambil tindakan bagi mengurangkan bebanan pemilik kenderaan baru berjenama Proton.
Saya juga menyeru kepada Proton agar turut menawarkan kos pemasangan murah kepada pemilik sedia ada bagi kenderaan Proton. Ini bagi menunjukkan Proton komited bukan sahaja bagi mengeluarkan kenderaan yang ekonomi dan juga memastikan servis selepas jualan adalah yang terbaik di Malaysia.
Saya juga menyeru pengeluar automobil lain supaya mengambil langkah yang sama.
Di sini saya ingin mengingatkan kepada para pembeli kereta baru yang dilengkapi dengan NGV. Harga semasa gas asli itu adalah jauh lebih murah daripada harga sebenar. Ini berlaku kerana kerajaan memberikan subsidi. Gunakan peluang yang masih ada bagi memilih kenderaan yang sesuai dengan kemampuan kita, walaupun jika selepas ini harga gas turut mengalami kenaikan.
“Sediakan Payung Sebelum Hujan”
Membina Dimensi Sebenar!
3 comments on “Proton Keluar Kereta NGV Oktober 2008”