Inflasi akan sentiasa meningkat dari hari pertama manusia mengunakan matawang sehingga dunia ini Kiamat.
Apabila kos barangan seperti petrol naik di pasaran, sudah pasti banyak kos lain juga akan turut naik. Apabila perbelanjaan kita naik melepasi had 70%, maka kita perlu melakukan salah satu ataupun kedua-dua perkara di bawah :
1. Mengurangkan cara/gaya hidup kita pada ketika ini
2. Meningkatkan pendapatan kita
Fokus kita pada hari ini, kaedah mengurangkan/merendahkan cara/gaya hidup kita. Contoh yang akan kita gunakan adalah berkenaan makan di luar.
Jika sebelum ini, setiap kali kita makan di luar, kita mengunjungi restoran-restoran yang ‘agak selesa’ yang harganya juga sederhana tinggi, sudah tiba masanya kita menukarkan ke restoran yang harga lebih murah. Tahap kualiti kebersihan restoran itu kita tidak boleh abaikan. Walaupun ke restoran yang lebih murah, tetapi kita perlu pastikan organ dalaman kita tidak terjejas, iaitu elakkan daripada memasuki kedai makan dengan status ‘C’. Kita akan dibebani dengan kos rawatan hospital bagi merawati penyakit seperti Hepatitis A (Barah Hati) yang disebabkan memakan makanan yang disediakan di tempat kotor.
Jika sebelum ini kita memesang nasi bersama air manis, mungkin sudah tiba masanya kita menukarkan kepada air suam ataupun ais kosong. Dalam lauk dan nasi sudah mengandungi kabohidrat (gula), oleh itu pengambilan makanan dengan minuman manis menambahkan lagi kandungan gula dalam badan kita. Ini memberikan risiko tinggi kepada kita untuk menghidap ‘diabetes’ kencing manis. Ketika sihat kita menangung lebihan kos dengan mengambil minuman manis ketika makanan utama, ketika sakit kita dibebani kos rawatan penyakit kritikal itu.
Tidak salah bagi mendapatkan minuman manis tetapi sebolehnya bukan bersama dengan makanan seperti makan tengahari dan malam.
Setiap kali keluar makan secara individu ataupun dengan keluarga, pastikan semuanya memesan air suam (ini yang terbaik) ataupun ais kosong. Ini sudah pasti menjimatkan beberapa ringgit ataupun puluhan ringgit jika bilangan ahli keluarga besar.
Mulai hari ini tukar menu minuman kepada air suam yang ternyata baik untuk kesihatan. Apabila kita memesan nasi, pastikan kita meminta separuh bukannya sepenuh pinggan. Harga nasi untuk separuh pinggan lebih murah berbanding sepinggan nasi penuh. Mengikut kajian, keperluan manusia bagi makan tengahari dan malam terutama pekerja di pejabat adalah mencukupi dengan nasi separuh yang disertakan dengan sayuran.
Dengan mengikuti panduan menjaga kesihatan dengan memakan mengikut keperluan, kita mengelakkan daripada menangung bil-bil perubatan dan menangung kos sara hidup yang tinggi.
Sekali sekala ataupun sekali sehari anda mengambil minuman manis. Dengan penjimatan sebanyak RM 3 – 5 ringgit sehari selama sebulan anda sudah dapat membiayai kos elektrik, air dan telefon untuk sebulan.
Biasakan untuk membawa air mineral/masak yang dibawa setiap kali pergi membeli belah ataupun bersiar-siar. Anda dapat menjimatkan puluhan ringgit setiap bulan yang dapat anda gunakan untuk membeli beberapa helai tuala yang sudah uzur.
Membina Dimensi Sebenar!
13 comments on “Mengurus Perbelanjaan: Makan Di Luar”