Ini merupakan berita yang paling menakutkan yang pernah saya dengar. Hampir sehari suntuk saya berada di kawasan Wangsa Maju/Setia Wangsa bagi menghantar 2 manuskrip terbaru.
Ketika di sana saya diberitahu bahawa seorang ketua keluarga menangung hutang kad kredit sebanyak RM400,000. Apabila isterinya menasihatinya agar menjelaskan hutang tersebut ataupun menghentikan pengunaan, dia berkata “Jika dihentikan pengunaan kad kredit itu, dia tidak mampu untuk membeli susu untuk anak”
Sungguh saya tidak sangka walaupun buku saya “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” telah menunjukkan kesan yang amat mendalam apabila kita menangung hutang kad kredit, masih ada yang meneruskan amalan berhutang melalui kad kredit.
Ramai pembaca buku tersebut yang telah meninggalkan tabiat berhutang dengan kad kredit. Saya juga terus menerus memaklumkan tentang implikasi yang amat mendalam dalam kehidupan apabila kita tersilap langkah. Masih ada jalan kembali ke pangkal jalan, selagi kita masih hidup.
Saya percaya ramai juga individu yang cukup ‘takut’ apabila ada desakan oleh pemilik stesyen minyak untuk menamatkan pembelian petrol mengunakan kad kredit di stesyen minyak.
Membina Dimensi Sebenar!
3 comments on “Hutang Kad Kredit : RM400,000”