Artikel Dan Komen Hilang Lagi

Saya memohon maaf, di atas kehilangan sebahagian komen yang diberikan sejak 7 Jun 2008. Artikel terbaru tentang program ceramah buku yang dimasukkan ke dalam entri pada 8 Jun turut juga hilang. Saya sedang menghubungi pihak pentadbiran server bagi mendapatkan maklumat lanjut kenapa ianya berlaku.

Harap maklum

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

5 comments on “Artikel Dan Komen Hilang Lagi”

  1. Mohd Zamri Reply

    Askum Tuan SK,

    Saya ingin mendapatkan padangan tuan mengenai pelaburan Unit Trust Public Mutual.

    Pada padangan tuan, adakah pelaburan ini mempunyai risiko yang tinggi?

    Rakan saya ada mengajak saya supaya saya menyertai sistem pelaburan ini. Apa komen Tuan SK?

    -zamri-

  2. Mariam Reply

    Salam En Zamri,

    Pelaburan di Unit Trust adalah berisiko sederhana dan amat sesuai bagi jangkamasa panjang, sekiranya En Zamri ingin membuat pelaburan dalam jangkamasa singkat dan mendapatkan pulangan yang tinggi ia adalah kurang bersesuaian.

    Apa pun jua pastikan Consultant berkenaan akan menerangkan segala-galanya supaya En Zamri benar benar faham, ke mana wang pelaburan itu dilaburkan,j angkamasa, risiko, pulangan, dana yang bersesuaian.

    Dan pastikan En Zamri faham dengan plan yang diberikan supaya En Zamri mendapat keuntungan dari pelaburan yg dibuat.

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam En. Zamri,

    Seperti yang dimaklumkan oleh Puan Mariam, perlaburan dalam unit amanah adalah pelaburan jangkamasa panjang. Kadar risikonya ada yang tinggi, ada yang sederhana dan ada yang rendah bergantung jenis-jenis produk yang dikeluarkan oleh pengendali saham amanah.

    Jika En. Zamri ada mempunyai wang simpanan, tidak rugi jika memperuntukkan sebahagian daripada simpanan itu untuk dilaburkan.

    Untuk mendapatkan sedikit maklumat lanjut tentang apa itu unit amanah, boleh rujuk kepada artikel saya yang terdahulu.

    Jika ada masa boleh juga baca buku sahabat saya En. Sunthara Segar (Rahsia melabur dalam unit amanah)

    Terima kasih kepada Puan Mariam yang memberikan pandangan. Untuk makluman pengunjung, Puan Mariam merupakan salah seorang ‘agen’ unit amanah.

  4. Mohd Zamri Reply

    Terima Kasih dengan pandangan yang diberikan.
    Amat saya hargai..
    Buat masa ini, saya cuma melibatkan diri dengan pelaburan amanah saham ASB sahaja. Mungkin ianya kurang berisiko.
    Pada pendapat Tuan/Puan, antara amanah saham ASB dan Unit Trust yang mana bersesuaian dan mempunyai peluan keuntugan yang tggi?

  5. Mariam Reply

    En Zamri

    Kalau nak dibandingkan dengan 2 jenis pelaburan diatas ASB dan Unit Trust,disini ada sedikit penjelasan yang boleh En Zamri Pertimbangkan.
    ASB memberi kadar keuntungan sehingga 9%
    UT memberi kadar keuntungan 12-15%
    Risiko ASB adalah rendah dengan pulangannya yg boleh kita jangka.
    Manakala Unit Trust pula adalah’manageable risk’ yang mana pelaburan di Unit Trust sebenarnya menerusi pelbagai portfolio iaitu KLSE,Equity,FD,MGS(Projek Kerajaan),Offshore dan sebagainya..Jadi dapat saya rumuskan disini bahawa profit dari setiap portfolio tersebut yg akan menentukan return(keuntungan yg diperolehi)
    sehingga hari ini sebenarnya jika dikira keuntungan Unit Trust telah memberi pulangan lebih 30% jika dilakukan dengan betul dan dalam jangkamasa sederhana atau panjang iaitu 3 hingga 5 thn.
    Sekiranya En Zamri benar benar berminat bolehlah kiranya En Zamri menghubungi saya,menerusi email mariam.nadzri@yahoo.com,tinggalkan no tel En Zamri untuk saya hubungi semula.Sekadar ilmu dalam pelaburan Unit Trust insyaallah akan saya terangkan untuk manfaat pelabur seperti En Zamri.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *