Assalamualaikum wbt…
Terlebih dahulu saya meminta maaf jika emel saya ini menggangu tuan. Tahniah kepada Tuan sebab telah menulis buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’. Ianya amat berguna sekali terutamanya kepada orang-orang yang selalu berhutang, biasa berhutang, sedang berhutang dan akan berhutang…bagus sekali panduannya.
Untuk pengetahuan tuan, saya adalah salah seorang yang terjerat dengan hutang kad kredit dan pinjaman iaitu pinjaman peribadi. Saya telah mempunyai 5 kad kredit dan 4 pinjaman peribadi. Akhirnya saya telah tidak dapat membayar hutang kad-kad kredit tersebut dan juga semua pinjaman peribadi itu. Maka saya telah mengambi jalan itu pun rakan saya yang menasihatinya, supaya masuk dalam program AKPK iaitu satu program di bawah pengawasan Bank Negara untuk menolong orang-orang yang mempunyai hutang yang banyak.
Alhamdulilah, sekarang saya kena bayar RM900 sebulan terhadap semua kad-kad kredit dan juga semua personal loan itu, berbanding RM2,000 sebulan jika say amembayar hutang-hutang tersebut seperti biasa. Untuk makluman, saya perlu membayar RM900 itu selama 10 tahun.
Di sini, ingin saya meminta pandangan atau pendapat tuan, tentang apa yang telah saya lakukan ini. Adakah ianya langkah yang tepat atau ada lagi jalan yang lebih tepat supaya saya dapat selesaikan semua hutang saya itu?
Atau mungkin tuan ada cadangan yang lain?
Terima kasih di atas pandangan yang akan tuan berikan nanti
Wassalam,
Salam hormat
Salman (bukan nama sebenar)
Nota Sham : Saudara telah mengambil langkah yang amat baik dengan menghubungi dan mendapat khidmat dari AKPK. Dengan bayaran ansuran RM900 sudah pasti meringankan bebanan berbanding RM2,000 sebulan. Teruskan dengan kaedah AKPK itu.
Apa yang saudara boleh lakukan pada waktu ini, adalah memastikan perbelanjaan bulanan, tidak lebih daripada 70% daripada wang gaji atau pendapatan yang diterima setiap bulan. Tingkatkan kesedaran dan kemahiran menguruskan duit dan hutang dengan banyak membaca bahan berkaitan dengan kewangan. Saudara juga boleh mendapatkan informasi terkini di www.shamsuddinkadir.com yang mengandungi banyak pandangan dari pelawat yang amat baik untuk difikir dan dipratikkan.
Teruskan pembacaan buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ untuk memberikan dimensi kedua dalam diri saudara. Insyaa-Allah ianya membantu saudara bagaimana untuk menyelesaikan bebanan RM900 sebulan itu.
Sekian.
Informasi untuk pembaca www.shamsuddinkadir.com
Jumlah hutang selepas distruktur semula oleh AKPK adalah RM 900 X 12 bulan x 10 tahun, iaitu RM 108,000. Bayangkan hutang pembelian kad kredit dan pinjaman peribadi itu menyebabkan kita menangung bebanan selama 10 tahun untuk sesuatu ‘barangan’ yang kita tidak miliki. Jika kita membeli sebidang tanah secara ansuran, di akhir 10 tahun kita memiliki sebidang tanah yang dahulunya berharga RM108,000 tetapi kita mungkin sudah satu ataupun 2 kali ganda daripada nilai asalnya.
Elakkan daripada menyelesaikan masalah hutang kad kredit dengan mengambil pinjaman peribadi. Kita terjebak dengan satu lagi perangkap. Tingkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam selok belok kewangan sebelum kita mengambil tindakan yang terbaik.
Bacaan awal yang dicadangkan adalah buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ Boleh didapati di kedai buku yang berhampiran dengan anda.
Membina Dimensi Sebenar Anda!
2 comments on “Surat Pembaca : Perihal Hutang-Hutang”