Rakyat Malaysia dan pelancong menghabiskan RM67 Billion untuk berbelanja di pasaraya pada tahun 2007. Di jangka jumlah itu akan meningkat menjadi RM71.8 Billion pada tahun ini. Di kala seruan dari pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna, masih tinggi lagi individu yang suka menghabiskan duit mereka terutama ketika jualan mega di beberapa pasaraya besar di seluruh tanahair.
Mengikut lapuran akhbar New Straits Times bertarikh 14 Mei 2008, kebanyakkan pembelian yang dibuat adalah bagi membeli alat permainan, peralatan senaman, produk kacamata, fesyen dan aksesori fesyen.
Masih ramai individu yang menafsirkan membeli barangan ketika jualan mega atau jualan murah adalah pilihan terbaik. Adakah ianya benar-benar betul ataupun hanya satu perangkap serampang 3 mata?
Membeli barangan ketika jualan murah atau mega dapat menjimatkan banyak duit berbanding membelinya ketika tiada jualan murah. Tetapi, apa gunakan penjimatan yang kita terima, jika barangan yang dibeli itu kita sebenarnya tidak memerlukan. Ataupun ianya adalah barangan yang diluar kemampuan kita. Sebagai contohnya, apabila ada jualan mega untuk barangan seperti beg bimbit ‘handbag’, adakah menjadi keperluan untuk memastikan kita membelinya bagi menikmati diskaun sehingga 70%? Ya, beg yang dahulunya berharga RM 400, kini kita dapat membelinya dengan harga RM120, sungguh menjimatkan.
Di rumah kita sudah ada beg bimbit yang bilangannya sama dengan warna pelangi. Setiap beg bimbit itu berwarna sama dengan salah satu warna pelangi. Alasan membeli beg bimbit yang terbaru ini kerana dapat berjimat sebanyak RM280. Persoalan utamanya, perlu kita membeli handbag itu?
Banyak individu yang saya temui mengatakan, mereka menghabiskan duit membeli ketika ‘Jualan Murah’ tetapi ianya bukannya barang yang diperlukan.
Tips hari ini :
Elakkan daripada memasuki pasaraya yang menawarkan jualan murah, tanpa membawa senarai barangan yang ingin dibeli. Sila pastikan harga yang dibajetkan bagi setiap barangan tersebut dituliskan bersama. Contohnya apabila anda menyenaraikan satu helai kemeja lengan panjang untuk menghadiri temuduga. Maka tulis dalam senarai seperti berikut.
1. Kemeja lengan panjang – berwarna cerah, kain koton RM 70.
Apabila anda memasuki pasaraya itu pastikan anda mencari baju yang selepas diskaunnya berharga RM70 ataupun baju yang berharga RM70 sebelum diskaun. Kedua-dua cara ini masih selamat untuk mengelakkan anda daripada berbelanja diluar kemampuan.
Saya mengalu-alukan setiap pembaca dan pelawat blog ini bagi memberikan pandangan, tentang bagaimana untuk mengelakkan daripada berbelanja diluar batasan kemampuan. Ia juga bagi membantu individu daripada membeli barangan yang diluar kemampuan mereka.
Membina Dimensi Sebenar Anda!
6 comments on “Rakyat Malaysia Berbelanja 67 Billion?”