Kenapa setiap pengguna perlu celik dalam isu berkaitan dengan kewangan dan ekonomi dunia? Ini bagi memastikan kita dapat bersedia dan menyediakan perancangan yang terbaik bagi menangani kejadian yang tidak diingini yang membebankan kita.
Bagi sesetengah pengguna, mereka tidak menghiraukan tentang arus perubahan ekonomi dunia. Contohnya keperluan mengambil berat tentang kenaikan harga minyak dan barangan makanan di peringkat dunia. Ini kerana di seluruh dunia, pengguna perlu membayar mengunakan duit mereka untuk mendapatkan minyak petrol dan makanan.
Ya sehingga ini, pengguna di Malaysia masih dibekalkan dengan subsidi, ini bermakna sebahagian daripada kos kita ditanggung oleh ‘subsidi @ bantuan’. Adakah kita pernah mengkaji harga petrol yang kita perlu bayar, jika tiada subsidi diberikan? Adakah kita masih boleh berbelanja dalam lingkungan maksimun iaitu 70% daripada pendapatan bulanan kita, jika kita perlu membayar petrol dengan harga tanpa ‘bantuan’.
Syukur kita kepada Tuhan yang menjadikan bumi Malaysia kaya dengan hasil galian iaitu minyak. Selama mana minyak itu dapat disedut dari perut bumi? Adakah minyak itu tidak akan habis sehingga dunia ini kiamat? Bagaimana hidup anak, cucu kita apabila minyak sudah tidak tiada lagi untuk dikeluarkan dari perut bumi bertuah ini?
“Mengikut lapuran satu suratkhabar tempatan pada pertengahan tahun 2007, salah seorang pengurusan tertinggi syarikat mengatakan, Malaysia akan mula mengimport minyak mulai tahun 2011. Pengeluaran minyak mulai tahun itu dijangka tidak lagi dapat menampung keperluan semasa dalam negara.”
Jika kita terus hidup bergantung kepada bantuan, kita bukan sahaja tidak mampu untuk berdiri sama tinggi dengan barat, kita akan terus lemah dan memerlukan tempat bergantung. Walaupun ketika ini kita diberikan bantuan, sudah semestinya itu yang kita harapkan daripada kerajaan, kita sebagai pengguna perlu berhati-hati supaya celik tentang kenaikan harga barangan di peringkat dunia adalah sesuatu yang diluar kawalan kita.
“Bantuan itu adalah satu kemudahan untuk kita, tetapi jangan jadikan bantuan itu sebagai penyebab kita tidak dapat berdikari sampai bila-bila”
Semak kos bulanan kita dapat menentukan sama ada kita berbelanja di bawah 70% ataupun melebihi daripada kemampuan kita. Sebelum kita dikejutkan dengan lebih banyak berita tentang kenaikan kos, pastikan kita sudah menyediakan benteng pertahanan pendapatan yang kukuh.
Membina Dimensi Sebenar Anda!
3 comments on “Kesan Kenaikan Minyak AS$120 Setong”