Saya menemuduga seorang pemilik dan penguna kad kredit yang mula mengunakan kad kredit pada tahun 1984. Umurnya pada waktu ini melebihi 50, hanya tinggal beberapa tahun lagi sebelum mencecah umur bersara.
Sepanjang mengunakan kad kredit, beliau telah ditimpa tiga kali Tsunami yang diakibatkan oleh kad kreditnya. Kali pertama dia terpaksa mengadaikan tanah ibunya bagi mendapatkan wang sebanyak RM25,000 bagi melangsaikan hutang kad kredit yang telah dibawa ke muka pengadilan (mahkamah).
Musibah itu telah menginsafkannya untuk beberapa tahun, sebelum mendapatkan semula kad kredit dari bank lain. Nasibnya tidak menyebelahinya, selepas beberapa tahun, ditimpa dengan Tsunami kedua. Dia tidak mampu untuk menjelaskan hutang kad kredit yang sudah bertimbun itu, akhirnya di menjualkan satu dari asetnya bagi mendapatkan duit untuk menjelaskan hutang kad kredit yang sudah kritikal.
Beliau terus menjadi insaf dan menjauhi kad kredit. Rupa-rupanya usahanya itu belum memandai, kenikmatan hidup yang diberikan oleh Kad kredit telah menarik dirinya untuk menjadi pengguna kad kredit semula. Hanya dalam beberapa tahun, dirinya dibebani hutang 3 kad kredit, yang masing-masing mencecah had maksimun. Beliau tiada jalan. Tetapi ketika ini masih mengatakan, setiap individu perlu ada 1 kad kredit dalam kehidupan.
Beliau mencuba beberapa kali untuk menyelesaikannya, akhirnya beliau berkata bahawa kad kredit tidak boleh dimiliki walaupun satu jika ingin hidup senang sepanjang masa. Katanya lagi, kad kredit tidak membolehkan seseorang untuk hidup di dalam kemampuan.
Beliau yang tinggal di Shah Alam pernah melancong bersama keluarga ke Cameron Highlands, walaupun ketika itu dia hanya ada RM100 di dalam poket. Apa yang dia lakukan adalah bayar petrol mengunakan kad kredit, sewa hotel guna kad kredit, makan di tempat yang murah ataupun cari yang boleh dibayar dengan kad kredit. Itu yang berlaku dalam hidupnya ketika memiliki kad kredit.
Beliau berkata sejak tidak mengunakan kad kredit, dia benar-benar hidup berdasarkan kemampuan dirinya yang sebenar. Tiada lagi peluang makan angin buat masa ini, kerana kebanyakan duit digunakan untuk membayar hutang kad kredit yang sudah bertimbun. Mulai awal tahun 2008, beliau adalah pembayar setia kad kredit dan sudah tidak mengunakan kad kredit lagi.
Beliau membuat kesimpulan, kad kredit menghilangkan kenikmatan hidup apabila kita tidak mampu membayar semua perbelanjaan yang dibuat dengan kad kredit. Nasihat dan pesanannya adalah jangan guna kad kredit.
Baginya, anda dapat hidup dengan gembira walaupun bergaji kecil, asalkan tidak menjadi pemilik dan pengguna kad kredit.
Ini adalah luahan daripada seorang daripada mangsa ‘Kad Kredit’. Adakah anda bersetuju dengannya?
12 comments on “Katakan Tidak Kepada Kad Kredit?”