Kes 1
Ketika mengadakan kursus Dimensi III di Bukit Tinggi, Pahang pada bulan lalu, salah seorang peserta memberitahu bahawa kawannya berada di dalam dilema. Beliau menghadapi tuntutan daripada sebuah bank bagi mendapatkan bayaran hutang kad kredit yang tertunggak sejak berpuluh tahun yang lalu.
Beliau mengunakan kad kredit sewaktu mula bekerja dan ketika itu masih bujang. Selepas beberapa tahun mengunakannya beliau tidak membayar hutang kad kredit yang berjumlah beberapa ribu ketika itu. Di sebabkan beliau berpindah randah, pihak bank tidak dapat menjejakinya. Beliau terus dengan kehidupannya, dan kini sudah beristeri dan mempunyai beberapa anak, beliau akan bersara dalam masa beberapa bulan lagi.
Beliau bakal menerima gratuiti yang berjumlah hampir RM150,000. Yang mengejutkan tuntutan yang dibuat oleh bank itu adalah lebih daripada RM100,000. Bayangkan hutang kad kreditnya yang hanya beberapa ribu pada 20 – 30 tahun lalu, sudah menjadi RM 100,000 lebih.
Beliau tidak mempunyai pencen, hanya bekalan wang dalam KWSP. Beliau baru bercadang untuk mengunakan duit gratuiti itu bagi tujuan tertentu, kini beliau berada di dalam dilema.
Kes 2
Seorang pekerja lain telah membuat hutang sebanyak RM 4,000 dengan salah satu kad kreditnya. Beliau tidak membayar apa-apa bayaran sejak 10 tahun yang lalu. Baru-baru ini beliau dipanggil ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi membicarakan berkenaan tuntutan bank ke atas hutang tersebut. Hutang itu sudah menjadi RM 16,000 iaitu 4 kali ganda dalam masa 10 tahun.
11 comments on “Hutang Kad Kredit Menghantui Bakal Pesara”