Insyaa-Allah saya akan berada di PWTC bagi menjayakan Program Bersama Penulis di Booth PTS.
Maklumat terperinci adalah seperti berikut:
-
Tarikh : 6 April 2008
-
Masa : 2 – 3 petang
-
Tempat : Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tetapi Kaya dan Kaya dengan Rumah akan bersama pengunjung dan membincangkan topik wang dan anda bersama pengunjung.
Sila hubungi Mohd Yahya Fadzli Jusoh, 016-661 1849 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir.
Insyaa-Allah saya juga akan berada di Pesta buku pada hari Sabtu ini mulai pukul 2 petang. Saya menghadiri mesyuarat bersama dengan saudara Azree MH bagi membincangkan persiapan terakhir bagi Kursus Dimensi III 7-9 April 2008 di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang.
Saya mengalu-alukan semua pelawat blog ini hadir pada majlis berkenaan. Insyaa-Allah saya akan autograph bagi setiap buku saya yang dimiliki oleh saudara dan saudari, sebagai tanda terima kasih di atas sokongan semua.
2 comments on “Program Bersama Penulis di Pesta Buku 2008”